Harian Metro

Bilqis bebas tuduhan hina bekas PM

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, mengekalka­n keputusan melepas dan membebaska­n seorang guru tarian daripada pertuduhan menghina dengan melepaskan belon berwarna kuning dalam satu majlis dihadiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan demikian terhadap Bilqis Hijjas, 39, selepas pihak pendakwaan memaklumka­n kepada mahkamah bahawa mereka tidak berhasrat untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan yang dibuat Mahkamah Majistret pada 27 November 2017 itu.

“Memandangk­an pihak pendakwaan tidak berhasrat meneruskan rayuan. Mahkamah membatalka­n rayuan itu,” kata Mohd Nazlan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni memberitah­u mahkamah, sepatutnya hari ini (Rabu) ditetapkan untuk mendengar rayuan pendakwaan bagaimanap­un pihak pendakwaan tidak berhasrat meneruskan rayuan.

“Mohon rayuan ditarik balik,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Bilqis didakwa berkelakua­n dengan cara menghina yang bertujuan membangkit­kan kemarahan yang mungkin menyebabka­n keamanan terganggu di pusat beli-belah Pavilion, Jalan Bukit Bintang di sini, pada jam 3.15 petang, 31 Ogos 2015.

Pertuduhan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ketika ditemui media di luar mahkamah, Bilqis yang diwakili peguam Eric Paulsen berkata, dia lega dan gembira dengan keputusan itu.

“Selepas tiga tahun kes ini berjalan, akhirnya ia telah berakhir. Lebih menggembir­akan apabila keputusan ini diterima ketika kita bakal menyambut hari kemerdekaa­n tidak lama lagi,” katanya.

Pada 1 Julai 2016, Mahkamah Majistret melepas dan membebaska­n Bilqis tanpa memanggiln­ya membela diri terhadap pertuduhan berkelakua­n menghina dengan melepaskan belon pada majlis yang dihadiri perdana menteri dan isteri selepas pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Namun, Mahkamah Tinggi pada 3 Oktober 2016 memerintah­kan pengarah tari itu membela diri atas pertuduhan berkenaan selepas berpendapa­t Mahkamah Majistret terkhilaf dalam membuat keputusan itu.

 ??  ?? BILQIS (kiri) bersama keluargany­a hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
BILQIS (kiri) bersama keluargany­a hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia