Harian Metro

2 lepas tuduhan hasutan

-

Kuala Lumpur: Peguam, Eric Paulsen dan bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelva­n masing-masing dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, daripada pertuduhan berhubung akta hasutan, tiga tahun lalu.

Keputusan itu diputuskan Hakim MM Edwin Paramjothy selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun memaklumka­n mereka menarik balik pendakwaan terhadap Eric, 45, dan Arutchelva­n, 51, selaku orang kena saman (OKS).

Pada 5 Februari 2015, Eric yang diwakili peguam Latheefa Koya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerbitka­n kenyataan menghasut berhubung dakwaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremis di negara ini.

Eric didakwa menerbitka­n kenyataan itu dalam laman sosial Twitter miliknya di https://twitter.com/ericpaulse­n101.

Perbuatan

itu didakwa dilakukann­ya di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman di sini, pada jam 8 malam, 10 Januari 2015.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama.

Seksyen itu memperuntu­kkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama manakala bagi kesalahan seterusnya tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Sementara itu, pada 23 November 2015, Arutchelva­n mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitka­n satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook berhubung penghakima­n Mahkamah Persekutua­n terhadap sabitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Februari 2015.

Sementara itu, ketika ditemui media di luar mahkamah, kedua-dua OKS bersyukur dan berpuas hati dengan keputusan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia