Harian Metro

‘Busuk’ tapi sedap

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

„ Pelajar Turki makan durian dalam program lawatan UnisZA

“Tak sangka baunya busuk, tetapi rasanya sangat sedap,” kata Fatmanur Gocer, 21, yang pertama kali merasai keenakan durian.

Dia adalah antara 43 pelajar Turki yang mengikuti Program Lawatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke Kampung Seri Kenangan di sini, semalam.

Fatmanur berkata, dia tahu mengenai raja buah itu yang sering menjadi sebutan, tetapi tidak pernah merasainya dan tidak melepaskan peluang apabila dihidangka­n raja buah itu.

“Patutlah ramai pelancong asing mencubanya muntah kerana baunya terlalu kuat dan busuk, tetapi pada saya rasanya sangat sedap.

“Saya juga teruja mencuba rambutan, pulasan dan manggis yang memang sedap,” katanya.

Rakannya, Merve Kaya, 22, pula berkata, dia terpegun melihat keindahan hutan di negeri itu dan berpendapa­t Terengganu memang sesuai diketengah­kan sebagai lokasi pelanconga­n yang menarik untuk dilawati.

“Saya terpesona dengan keindahan alam semula jadi, keunikan budaya dan kemesraan penduduk setempat.

“Semua yang ada di negeri ini sangat unik, berbeza dan sukar diperoleh di negara lain.

“Saya bertuah terpilih mengikuti program ini kerana memberi pengalaman berbeza.

“Saya mahu meneroka lebih banyak lagi tempat menarik dan unik di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) UniSZA Prof Dr Ramlee Abdullah berkata, pelajar Turki itu ialah peserta Program Mobiliti Pemerkasaa­n Bahasa Inggeris di UniSZA yang diadakan selama sebulan.

“Kampung Seri Kenangan dipilih kerana lokasinya menarik, selain mempunyai landskap sangat indah dan komitmen penduduk setempat yang ingin memberi kerjasama melancarka­n program.

“Peserta berpeluang mencuba pelbagai masakan kampung antaranya lemang periuk kera, lempeng kelapa, gulai ikan baung dan sayur pucuk rebung,” katanya.

Beliau berkata, program itu diharap memberi pengalaman baru kepada peserta dan secara tidak langsung mempromosi­kan produk industri pelanconga­n di negeri itu.

 ??  ??
 ??  ?? TIGA pelajar Turki teruja merasai masakan tradisiona­l Terengganu. BUAH durian menarik perhatian pelajar Turki yang mahu mencubanya di Program Lawatan Universiti Sultan Zainal Abidin ke Kampung Seri Kenangan.
TIGA pelajar Turki teruja merasai masakan tradisiona­l Terengganu. BUAH durian menarik perhatian pelajar Turki yang mahu mencubanya di Program Lawatan Universiti Sultan Zainal Abidin ke Kampung Seri Kenangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia