Harian Metro

Adik pesan jaga ayah, ibu

- Togi Marzuki cnews@nstp.com.my

„ Penuntut UPM maut motosikal diseret sebelum masuk parit

“Dia berpesan supaya saya menjaga ayah dan ibu. Tidak sangka itu kata-kata terakhir daripadany­a,” kata Fatin Nadzirah, 26, kakak kepada Ahmad Hazim Zainal Abidin, 22, yang maut kemalangan di Kilometer 1.6, Jalan Sri Bunian/Kampung Tenggayun di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, Ahmad Hazim, penuntut tahun tiga Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang maut di lokasi kejadian apabila motosikal Honda ditunggang­nya dilanggar kereta sebelum diseret ke laluan bertentang­an dan terbabas ke dalam parit.

Fatin Nadzirah berkata, adiknya yang juga anak ketiga daripada empat beradik meninggalk­an pesanan itu ketika mengucapka­n tahniah kepada dirinya yang akan mengakhiri zaman bujang pada 18 Ogos ini.

“Dia mengucapka­n selamat pengantin baru dan berbahagia di samping suami hingga ke akhir hayat dan pada masa sama sempat berpesan jangan lupa jaga ibu dan ayah yang susah payah membesarka­n kami semua.

“Saya memang tidak menyangka ia kata-kata terakhir daripadany­a kerana menganggap ia ucapan biasa adik kepada kakaknya yang ingin melangsung­kan perkahwina­n,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hosptal Pontian, semalam.

Berkongsi kesedihan, abangnya, Mohd Nadzir, 25, berkata, adiknya itu sedang bercuti semester selama tiga bulan dan ingin meluangkan masa bersama rakan sekampung.

“Sepanjang cuti semester tiga bulan ini, dia hendak berjumpa kawan termasuk rakan sekampung dan sekelas ketika bersekolah di sekolah rendah,” katanya.

Katanya, berbanding sebelum ini, arwah adiknya bertukar sikap daripada periang dan mudah mesra dengan ahli keluarga kepada pendiam.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa baru balik dari bengkel motosikal di kampung berkenaan selepas berjumpa rakan sekampungn­ya.

Jenazah dikebumika­n petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Wakaf, Tenggayun, di sini.

Ibunya, Roswati Samingun, 51, berkata, dia bersama ahli keluarga termasuk suami, Zainal Abidin Tasmakon, 57, diselubung­i rasa sedih atas kejadian tidak diduga itu.

“Biarpun peri lakunya bertukar menjadi pendiam, dia ringan tulang seperti bekerjasam­a membuat persiapan perkahwina­n kakaknya.

“Majlis tetap berlangsun­g, namun pelbagai acara seperti iringan kompang dan muzik dibatalkan,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN motosikal Yamaha LC yang ditunggang mangsa, Ahmad Hazim (gambar kecil) yang terbabit dalam nahas, kelmarin.
KEADAAN motosikal Yamaha LC yang ditunggang mangsa, Ahmad Hazim (gambar kecil) yang terbabit dalam nahas, kelmarin.
 ?? Fatin Nadzirah ?? Dia sempat berpesan jangan lupa jaga ibu dan ayah yang susah payah membesarka­n kami semua”
Fatin Nadzirah Dia sempat berpesan jangan lupa jaga ibu dan ayah yang susah payah membesarka­n kami semua”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia