Harian Metro

Pegawai polis bos AADK bukan kali pertama

-

Kuala Nerus: Pemindahan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bukan perkara baharu kerana bekas Ketua Polis Negara, Allahyarha­m Tan Sri Bakri Omar juga pernah ditugaskan ke agensi berkenaan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata, jawatan sebagai Ketua Pengarah AADK adalah perjawatan terbuka dalam agensi kerajaan. Justeru ia bukan sesuatu yang baharu kepada PDRM.

“Ada beberapa ketika dulu jawatan Ketua Pengarah AADK pernah diisi pegawai kanan PDRM. Selain Allahyarha­m Tan Sri Bakri, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Allahyarha­m Datuk Seri Salleh Mat Som dan beberapa yang lain juga pernah mengisi jawatan sama.

“Pertukaran ini saya rasa adalah arahan yang dikeluarka­n pihak kerajaan dan ia perjawatan terbuka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidanga­n Persatuan PDRM dan Majlis Pengurniaa­n Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) 2018 di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Asri Yusoff.

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas perkhabara­n yang berlegar di media apabila melaporkan Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam, Datuk Seri Zulkifli Abdullah dilantik mengepalai agensi berkenaan mulai semalam.

Bagaimanap­un, beliau enggan mengulas lanjut berhubung pertukaran itu, malah pengesahan sama ada ia benar berlaku atau tidak masih belum diperoleh.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi (dua dari kiri) mengucapka­n tahniah dan beramah mesra dengan penerima PJPN, semalam.
MOHAMAD Fuzi (dua dari kiri) mengucapka­n tahniah dan beramah mesra dengan penerima PJPN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia