Harian Metro

266 notis bomba untuk pusat tahfiz

-

Kuala Lumpur: Fakta mengundang rasa gusar apabila 29 pusat tahfiz di sekitar ibu kota disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menepati aspek keselamata­n yang boleh mengancam nyawa pelajar.

Situasi ini dibimbangi boleh mengulangi tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, di sini, pada 14 September tahun lalu yang mengorbank­an 21 pelajar dan dua guru.

Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, 29 pusat tahfiz terbabit tidak menepati aspek keselamata­n termasuk sistem pendawaian yang tidak sesuai selain tiada laluan kecemasan.

Menurutnya, pihak JBPM mengeluark­an 266 notis kepada 29 daripada 36 pusat tahfiz yang diperiksa di sekitar ibu negara.

“Pemeriksaa­n itu dibuat selepas kejadian kebakaran membabitka­n Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, di sini, tahun lalu

“Tenaga pengajar pusat tahfiz diperiksa itu diberi satu tempoh masa sesuai bagi memastikan semua aspek itu dipatuhi bagi mengoptimu­mkan tahap keselamata­n pada peringkat paling tinggi,” katanya.

Menurutnya, satu daripada 36 pusat itu tidak dapat menepati tahap keselamata­n ditetapkan JBPM dan bertindak menutup premis mereka.

“Mungkin ada masalah kewangan atau pusat berkenaan tidak mendapat sambutan dalam kalangan pelajar tahfiz. Baki tujuh pusat tahfiz itu pula didapati tiada masalah berhubung isu berbangkit,” katanya selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Alat Pemadam Api (APA) Kepada Pusat Tahfiz Kuala Lumpur di ibu pejabat JBPM Wilayah Persekutua­n, di sini, semalam.

Turur hadir, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Azizan Muhammad.

Pada majlis itu, Khirudin menyerahka­n 54 alat pemadam api hasil sumbangan JAKIM kepada 18 pusat tahfiz di sekitar ibu negara.

“Kita serah tiga alat itu kepada setiap pusat tahfiz terbabit. Kos setiap alat itu kira-kira RM120,” katanya.

 ??  ?? KHIRUDIN (dua dari kiri) beramah mesra dengan wakil pusat tahfiz selepas menyampaik­an alat pemadam api (APA) kepada pusat tahfiz seluruh Kuala Lumpur di JBPM, Kuala Lumpur, semalam.
KHIRUDIN (dua dari kiri) beramah mesra dengan wakil pusat tahfiz selepas menyampaik­an alat pemadam api (APA) kepada pusat tahfiz seluruh Kuala Lumpur di JBPM, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia