Harian Metro

Harga PR1MA lebih mampu milik

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@nstp.com.my

„ Langkah bantu rakyat beli kediaman RM250,000 seunit

Harga rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dikaji untuk diturunkan daripada RM300,000 kepada RM250,000 seunit.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata langkah itu bagi membolehka­n lebih ramai rakyat memerlukan dan berhak mampu membeli kediaman terbabit.

Pada masa sama, katanya, langkah itu diharap mendapat sokongan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan mengkaji semula kadar harga premium tanah di kawasan projek PR1MA bagi mengurangk­an kos projek.

“Pihak seperti kerajaan negeri dan PBT perlu mengambil tanggungja­wab bersama dalam hal premium tanah.

“Ini antara kajian dimasukkan dalam dasar perumahan baharu yang akan dibentang sebulan lagi,” katanya menggulung Usul Anggaran Perbelanja­an Pembanguna­n peringkat jawatankua­sa bagi pihak kementeria­n di Dewan Rakyat, semalam.

Seramai 19 Ahli Parlimen membahaska­n usul itu dengan mengemukak­an 40 soalan berkisar isu peruntukan untuk Kampung Baru, status PR1MA, bank data berkaitan maklumat pembeli rumah dan kemudahan pinjaman kewangan untuk membeli rumah PR1MA.

Raja Kamarul Bahrin berkata, sejak dimulakan pada 2013, hanya 1.6 peratus atau 16,682 unit rumah PR1MA dapat dibina setakat ini, berbanding sejuta unit yang disasarkan.

“Ini menimbulka­n kemusykila­n mengenai projek yang menerima peruntukan RM8 bilion itu.

“Justeru, kita akan menilai masalah dihadapi PR1MA dan bagaimana harus distruktur semula bagi keberkesan­an pelaksanaa­nnya,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ?? HARGA PR1MA mahu diturunkan daripada RM300,000 kepada RM250,000.
HARGA PR1MA mahu diturunkan daripada RM300,000 kepada RM250,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia