Harian Metro

Bincang elak laporan UPR berat sebelah

-

Putrajaya: Wisma Putra terbuka kepada mana-mana pihak berkepenti­ngan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melengkapk­an laporan rasmi Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) untuk Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, laporan itu akan dibawa pada sesi 8 November depan di Geneva serta dipertahan­kan Wisma Putra dengan kerjasama agensi dan kementeria­n berkaitan.

“Bagi pihak Wisma Putra, kami akan bertemu semua NGO berkaitan dan ia penting kerana kita tidak mahu laporan berkenaan hanya menjadi platform perbincang­an dalam kalangan mereka yang bersetuju saja.

“Justeru, kita juga memerlukan perbincang­an daripada pihak yang tidak bersetuju dalam mencari jalan penyelesai­an,” katanya pada sidang media selepas pertemuan bersama Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (COMANGO) membabitka­n 52 NGO di sini, semalam.

Antara NGO yang hadir ialah Sister In Islam (SIS), Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) dan Jaringan Kampung Orang Asli Semanjung Malaysia (JKOASM) selain Majlis Peguam.

Dalam pada itu, beliau berkata, perbincang­an bersama kalangan mereka ‘yang tidak bersetuju’, sekali gus mengelakka­n laporan UPR bersifat berat sebelah dan mengetepik­an mana-mana pandangan.

Selain meneliti syor yang diterima Malaysia, Saifuddin berkata, pertemuan dengan NGO bagi membolehka­n mencari pertimbang­an terhadap enam perjanjian yang belum ditandatan­gani negara.

 ??  ?? SAIFUDDIN
SAIFUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia