Harian Metro

BAKAT Udara selami hati pesakit

-

Kuala Lumpur: Tidak hanya menyerahka­n sumbangan barang keperluan malah lebih utama menyelami hati pesakit warga emas yang terlantar di hospital dengan nyanyian dan muzik.

Pendekatan lebih mesra itu dilakukan Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Tentera Udara Diraja Malaysia (Udara) pada program lawatan ke Wad Geriatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Datin Seri Normah Md Sap yang mewakili Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Tengku Muhaini Sultan Haji Ahmad Shah berkata, selain hadir bagi menyampaik­an sumbangan, ahli jemaah BAKAT Udara beramah mesra dengan pesakit di wad berkenaan.

“Ini adalah antara cetusan idea Pengerusi kami, Puan Sri Tengku Muhaini, iaitu menceriaka­n dan menaikkan moral pesakit, bukan terhad kepada penyerahan sumbangan, kami menyuntik kasih sayang menerusi ramah mesra bersama pesakit.

“Pesakit warga emas ini unik, mereka amat memerlukan perhatian dan layanan yang khusus, sebab itu kita membawa sekali Kombo Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menghiburk­an pesakit di sini.

“Ada pesakit ambil kesempatan membuat permintaan lagu, ada juga yang menangis apabila lagu yang didendangk­an seakan-akan mengingatk­an mereka kepada kenangan lalu,” katanya selepas Program Lawatan Kebajikan BAKAT Udara di HKL, di sini.

Program disertai 15 Jemaah Tertinggi BAKAT Udara dan tujuh pegawai TUDM itu turut memberikan sumbangan lima kerusi tolak, tiga kerusi roda, lima rangka berjalan, 10 tongkat berkaki empat, empat karton lampin pakai buang bersaiz dewasa dan 12 cecair sabun mandi.

 ??  ?? NORMAH (tengah) bertanya khabar pesakit di Wad Geriatrik HKL ketika membuat lawatan.
NORMAH (tengah) bertanya khabar pesakit di Wad Geriatrik HKL ketika membuat lawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia