Harian Metro

Tampar sikit je!

- Nurul Hidayah Bahaudin dan Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

„ Guru nafi lempang murid tahun 2 hingga lebam

Polis sudah mengambil keterangan guru yang menampar murid tahun dua hingga cedera di tengkuk kanannya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya memanggil guru lelaki terbabit untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung kejadian itu.

“Berdasarka­n keterangan daripada guru itu, dia mengaku menampar murid berkenaan, namun tidak kuat hingga boleh mendatangk­an kecederaan seperti dialami mangsa pada tengkuk kanannya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, guru itu memaklumka­n lebam itu dipercayai akibat beguk.

“Kami menunggu laporan pemeriksaa­n kesan lebam terhadap mangsa yang dibuat di Hospital Kajang.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini dijalankan termasuk mengambil keterangan nenek mangsa dalam masa terdekat memandangk­an kanak-kanak itu di bawah jagaan neneknya.

“Kertas siasatan berhubung kejadian ini sudah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangk­an kecederaan dengan sengaja,” katanya

Sementara itu, ibu kepada pelajar terbabit enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi, semalam.

Katanya, pihak keluarga kini menunggu laporan perubatan daripada hospital sebelum membuat tindakan atau kenyataan lanjut.

 ??  ?? MANGSA yang cedera selepas mendakwa dipukul guru lelaki.
MANGSA yang cedera selepas mendakwa dipukul guru lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia