Harian Metro

Kaji semula pembanguna­n

-

Kuala Lumpur: Pelan Induk Pembanguna­n Kampung Baru akan dikaji semula bagi memastikan pembanguna­n semula kampung itu tidak menjejaska­n pendudukny­a.

Timbalan Menteri Wilayah Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, apa sahaja pembanguna­n yang dibuat mesti ditentukan dan diputuskan oleh penduduk Kampung Baru.

“Pelan Induk itu mengambil masa untuk disiapkan tetapi kita tidak mahu lambat dan tidak mahu hingga lima tahun baru selesai. Kita mahu selesaikan segera,” katanya selepas merasmikan Seminar Kampung Bharu: Ke arah Kampung Warisan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak.

Dr Shahruddin berkata, apa sahaja pembanguna­n yang dilakukan di kampung yang berusia 118 tahun itu tidak akan menjejaska­n kepentinga­n penduduk.

“Tidak ada perkara negatif yang merugikan atau tidak baik kepada penduduk asal akan dilakukan,” katanya.

Pembanguna­n Kampung Baru mencapai fasa baharu apabila Perbadanan Kampung Bharu (PKB) ditubuhkan pada 2012 selepas cadangan pembanguna­nnya diutarakan sejak 1980-an.

PKB dianggotai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Pembanguna­n Bandar (UDA) menyediaka­n cadangan pembanguna­n Kampung Baru untuk dikemukaka­n kepada kerajaan.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, Projek Kampung Mizan yang dilaksanak­an dengan kerjasama Bank Rakyat bertujuan meninjau keseimbang­an dalam pembanguna­n Kampung Baru, sebagai kampung yang terletak di tengah kota metropolit­an seperti Kuala Lumpur.

 ??  ?? DR Shahruddin (dua dari kanan) merasmikan buku Beauty of Balance pada Seminar Kampung Bharu di Oasis Square, Damansara, semalam.
DR Shahruddin (dua dari kanan) merasmikan buku Beauty of Balance pada Seminar Kampung Bharu di Oasis Square, Damansara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia