Harian Metro

LANDASAN TEPAT

- Mohd Zaky Zainuddin zaky@nstp.com.my

„ PHB majukan empat projek hartanah dianggarka­n RM1.5 bilion

Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), syarikat pelaburan hartanah dan pengurus dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sedang memajukan empat projek hartanah membabitka­n anggaran nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM1.5 bilion.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PHB Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, empat projek itu masing-masing dua projek di Jalan Bangsar dan Jalan Conlay, Kuala Lumpur; pembanguna­n hospital swasta di Penchala, Kuala Lumpur serta pusat beli-belah di Terengganu.

Katanya, langkah mempelbaga­ikan portfolio perniagaan dengan terbabit dalam pembanguna­n projek hartanah itu dilaksanak­an bagi meningkatk­an sumber pendapatan kepada pemegang unit amanah yang diuruskann­ya.

“Kita hanya membangunk­an projek di atas simpanan tanah milik PHB. Ia adalah sebahagian usaha syarikat untuk memperkuku­hkan sumbangan pendapatan.

“Apabila semua projek siap dan matang, kita akan menerbitka­n unit amanah untuk ditawarkan kepada pelabur yang berminat dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,” katanya kepada media selepas melancarka­n inisiatif Simpan, Labur dan Menang AHB di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Asset Management Sdn Bhd (MAM) Ahmad Najib Nazlan, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PHB Mohd Fadzil Maruwan dan Duta AHB Neelofa.

Ketika ini PHB menguruska­n 19 aset hartanah merangkumi bangunan komersial, hospital dan logistik membabitka­n nilai RM4 bilion.

Aset yang dimiliki itu disuntik kepada unit amanah yang ditawarkan kepada pelabur runcit pada harga RM1 bagi setiap unit.

Mengulas lanjut, Kamalul Arifin berkata, PHB yang memiliki simpanan tanah berkeluasa­n 404.7 hektar di seluruh negara termasuk empat projek yang sedang dimajukann­ya itu, sedang meninjau peluang bagi meningkatk­an aset hartanah untuk ditawarkan menerusi portfolio AHB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia