Harian Metro

Kumpulan Public Bank catat peningkata­n keuntungan

-

Kumpulan Public Bank mencatatka­n keuntungan sebelum cukai RM3.55 bilion bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018, meningkat 5.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Keuntungan bersih milik pemegang sahamnya pula meningkat sebanyak 8.6 peratus kepada RM2.8 bilion.

Pengasas dan Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow berkata, kumpulan berjaya mengekalka­n momentum perniagaan yang baik dalam setengah tahun pertama 2018.

Beliau berkata, keuntungan yang lebih tinggi bagi tempoh itu dipacu oleh pertumbuha­n dalam perniagaan pinjaman dan depositnya serta didorong oleh pertumbuha­n dalam pendapatan bukan faedah sebanyak 4.9 peratus.

“Prestasi kukuh perniagaan yang berterusan meletakkan kumpulan dalam kedudukan kompetitif yang baik dengan pulangan ekuiti bersih berada pada 15 peratus.

“Nisbah kos kepada pendapatan kumpulan sebanyak 33.1 peratus dan nisbah pinjaman penguranga­n nilai kasar sebanyak 0.5 peratus juga kekal yang terbaik dalam industri perbankan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Hong Piow berkata, separuh pertama 2018 juga mencatatka­n peningkata­n jumlah pinjaman kasarnya pada kadar tahunan sebanyak 4.1 peratus kepada RM310.7 bilion.

Beliau berkata, kumpulan terus mengekalka­n kedudukan sebagai peneraju dalam perniagaan pembiayaan yang menumpukan pada hartanah kediaman, dan pemberian pinjaman komersial kepada perusahaan kecil dan sederhana dalam industri perbankan negara.

Dari segi pengambila­n deposit, katanya, jumlah deposit pelanggan berkembang pada kadar tahunan sebanyak 6.7 peratus, didahului oleh pertumbuha­n yang teguh dalam deposit negara yang meningkat pada kadar tahunan sebanyak 7.4 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia