Harian Metro

Berjaya Food Bhd lebar sayap ke India

-

Kuala Lumpur: Berjaya Food Bhd melebarkan lagi penguasaan­nya dalam sektor makanan dan minuman di peringkat antarabang­sa dengan pembukaan 30 cawangan Kenny Rogers Roasters (KRR) dan 75 cawangan Jollibean di India dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perancanga­n pembukaan cawangan baru di India itu hasil kerjasama syarikat itu dengan World Iconic Brands Hospitalit­y Pvt Ltd (WIB) yang bertindak sebagai ejen pembanguna­nnya di India.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Sydney Quays berkata, WIB memperuntu­kkan AS$50 juta (RM205 juta) untuk pembukaan cawangan KRR dan Jollibean di beberapa lokasi seperti Hyderabad, Kerala, Goa dan Tamilnadu.

Quays berkata, kumpulan melihat peluang yang lebih baik di India kerana permintaan terhadap makanan segera yang sihat semakin meningkat dengan ketara.

“Kami juga melihat perubahan sikap pelanggan untuk makanan dan minuman di sana. Ia juga akan menjadi lokasi luar pertama bagi Jollibean yang ketika ini hanya terdapat di Singapura.

“Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan mewujudkan rangka kerja dengan perbincang­an progresif, pertukaran maklumat, pembanguna­n dan pembaharua­n pelaburan untuk pengembang­an komersial yang berkaitan,” katanya selepas majlis memeterai memorandum persefaham­an (MoU) dengan WIB di sini, semalam.

MoU ditandatan­gani Naib Presiden Kanan Kenny Rogers Roasters Internatio­nal Corp, Luis Daniel dan Pengarah Urusan WIB, Gaurav Marya.

 ?? Sydney Quays ?? Kami juga melihat perubahan sikap pelanggan untuk makanan dan minuman di sana. Ia juga akan menjadi lokasi luar pertama bagi Jollibean yang ketika ini hanya terdapat di Singapura”
Sydney Quays Kami juga melihat perubahan sikap pelanggan untuk makanan dan minuman di sana. Ia juga akan menjadi lokasi luar pertama bagi Jollibean yang ketika ini hanya terdapat di Singapura”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia