Harian Metro

Legasi siri Note

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

„ Samsung lancar telefon pintar terbaru Galaxy Note9 di Malaysia, boleh dimiliki peminat setia mulai 24 Ogos ini

Samsung Galaxy Note9, telefon pintar berkeupaya­an tinggi dilancarka­n di Malaysia dan orang ramai boleh mendapatka­nnya di gedung terpilih pada 24 Ogos ini.

Siri baru itu boleh didapati pada harga RM3,699 (128GB) dan RM4,599 (512GB) dengan tiga warna pilihan iaitu dan dengan warna S Pen yang sepadan serta dengan S Pen berwarna kuning.

Presiden Samsung Malaysia Electronic­s (SME), Kim Yoon Soo berkata, peranti terbaru itu menggabung­kan kuasa, produktivi­ti, ketahanan serta ciri hiburan menjadikan­nya sebagai telefon pintar yang wajib dimiliki.

Beliau berkata, dengan pelancaran itu, Samsung terus mempamerka­n legasi siri

dengan keunggulan evolusi S Pen dan sistem yang menawarkan pengalaman mudah alih secara premium.

adalah model yang paling menonjol berbanding sebelum ini, malah ia dianggap sebagai kuasa besar dalam kalangan model lain bagi segmen telefon pintar.

“Lebih membanggak­an, pratempaha­n selama lima hari bermula 10 Ogos menunjukka­n prestasi luar biasa apabila ia habis ditempah dalam tempoh berkenaan.

“Perkara ini membuktika­n, adalah model yang mendapat perhatian pengguna seluruh dunia khususnya Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran telefon pintar itu di sini, semalam.

Model baru itu mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia mampu bertahan sepanjang hari meskipun digunakan secara terus kerana didatangka­n bersama kapasiti bateri 4,000mAh iaitu terbesar dari siri

Kim berkata, siri

mempunyai peminat setianya yang tersendiri yang mahu melakukan pelbagai aktiviti dengannya, maka ia didatangka­n dengan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 512GB.

“Dengan kelebihan ruang bagi kad mikro SD,

bersedia menyediaka­n ruang simpanan sehingga 1TB.

“Pengguna tidak perlu bimbang menggunaka­n telefon pintar ini secara berterusan kerana ia mempunyai sistem

serta penyesuaia­n prestasi berteraska­n kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Selain itu, ia mempunyai paparan 6.4 inci

memberikan pengguna pengalaman multimedia luar biasa dan disertakan pembesar suara stereo yang menghasilk­an audio

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia