Harian Metro

BAPA PASUNG ANAK

- Agensi

„ Polis selamatkan kanak-kanak yang diikat pada rangka katil

Seorang budak lelaki diselamatk­an selepas ditemui dalam keadaan bogel dan diikat pada rangka katil di sebuah rumah di kampung Zhaofan di wilayah Henan, tengah China.

Kanak-kanak itu dilaporkan terlalu degil dan sering lari dari rumah menyebabka­n bapanya mengambil langkah mengikat anaknya pada rangka katil kayu supaya dia duduk diam.

Mail Online melaporkan, kanak-kanak berkenaan diselamatk­an apabila penduduk kampung melihat budak itu diikat pada katil dan terus menghubung­i polis untuk meminta bantuan.

Ketika diselamatk­an, kanak-kanak itu tidak boleh bergerak kerana diikat dengan tujuh tali pada tangan, leher, paha dan buku lali.

Dua lagi budak lelaki dipercayai adik mangsa juga ditemui dalam keadaan bogel bersama kanak-kanak itu.

Stesen televisyen Shangcheng TV melaporkan, kanak-kanak itu dikenali sebagai Liu dan dia sering lari dari rumah dan tidak pulang selama beberapa hari.

Ibu kanak-kanak itu memberitah­u, anaknya mengalami masalah mental dan dia tidak dapat menjaga anaknya dengan sempurna kerana terlalu miskin.

Kerana tiada pilihan bapanya memutuskan untuk mengikat kanak-kanak itu supaya dia tidak melarikan diri daripada rumah.

Polis hanya memberi amaran kepada bapa mangsa dan kanak-kanak itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan diserahkan kepada datuknya untuk dijaga.

Selepas kisah mengenai kanak-kanak itu tular, pihak berkuasa daerah menghulurk­an bantuan bulanan 1,000 yuan (RM593) kepada keluarga miskin berkenaan.

 ??  ?? KANAK-KANAK itu ditemui diikat dalam keadaan bogel pada rangka katil bersama dua adiknya. - Agensi
KANAK-KANAK itu ditemui diikat dalam keadaan bogel pada rangka katil bersama dua adiknya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia