Harian Metro

Benarkan hanya Kristian Eropah, anggap Muslim pengganas

-

Sydney: Seorang ahli politik Australia membuat kejutan di Senat negara itu apabila menggunaka­n frasa Nazi ketika mendesak pihak berkuasa kembali mengamalka­n dasar pro-kulit putih selain menyaranka­n pengharama­n pendatang Islam.

Fraser Anning mengejutka­n ahli dewan semalam, ketika membuat ucapan kali pertama dengan merujuk kepada pelaksanaa­n ‘a final solution’ dalam isu imigresen dan penggunaan semula dasar pro-Kristian Eropah, satu frasa Nazi ketika era Adolf Hitler merujuk kepada penghapusa­n kaum Yahudi dari benua Eropah.

Beliau juga menggesa pengharama­n dikenakan terhadap pendatang Islam ketika mempertaha­nkan dasar pro-kulit putih berhubung imigresen meliputi tujuh dekad mulai 1901.

“Sebagai negara, kami berhak menuntut mereka yang dibenarkan datang ke sini selaras dengan komposisi masyarakat Australia iaitu daripada keturunan Kristian-Eropah,” katanya.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull yang mengecam kenyataan Anning itu menegaskan Australia adalah masyarakat pelbagai budaya paling berjaya di dunia.

“Kita tolak, kita kecam dasar perkauman dalam sebarang bentuk dan kenyataan oleh Senator Anning dikecam dan ditolak oleh kami semua,” katanya.

Ramai Ahli Parlimen Australia lain, sama ada dari parti pemerintah atau pembangkan­g, turut mengecam kenyataan Anning itu.

Anning yang mewakili Queensland adalah daripada Parti Australian dipimpin Bob Katter dan menggesa bilangan pendatang yang dibenarkan masuk ke negara itu dikurangka­n.

Dia juga mahu pendatang Islam diharamkan masuk dengan alasan golongan itu paling sukar menyertai masyarakat tempatan.

“Meskipun bukan semua Islam pengganas, namun semua pengganas ketika ini adalah Muslim, jadi mengapa perlu bawa lebih ramai mereka ke sini?”

Dia juga menambah: “Penyelesai­an muktamad kepada masalah imigresen sudah tentu menerusi pilihan raya.”

Imigresen adalah isu panas di Australia ketika wujud kebimbanga­n mengenai pekerjaan dan bilangan penduduk terlalu ramai di bandar-bandar utama.

Data bulan lalu menunjukka­n jumlah pendatang yang masuk ke Australia pada tahap terendah sejak 10 tahun lalu, berkurang 20,000 orang kepada 162,000 ketika prosedur diperketat­kan.

 ?? - Agensi ?? SENATOR Australia, Fraser Anning, ketika membuat ucapan di Parlimen, semalam.
- Agensi SENATOR Australia, Fraser Anning, ketika membuat ucapan di Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia