Harian Metro

Terjun 45 meter

- Agensi

„ Mangsa jambatan runtuh ditemui selamat selepas kenderaan gelongsor bersama puing konkrit

“Saya terdengar bunyi deraman dan nampak jalan raya ‘menggelong­sor’ sebelum menyedari kereta saya juga jatuh bersama. Entah bagaimana saya boleh terselamat.”

Pengalaman itu diceritaka­n pemandu, Davide Capello, 33, yang jatuh kira-kira 45.7 meter di dalam keretanya ketika nahas jambatan runtuh di Genoa yang mengorbank­an 39 orang, kelmarin.

Pemain bola sepak amatur itu memberitah­u akhbar Repubblica dia sedar sepanjang kejadian dan terus menghubung­i bomba serta keluargany­a. Keretanya meluncur mengikut runtuhan sebelum ditemui di laluan bawah dengan kerosakan teruk, namun Capello sendiri tidak mengalami kecederaan serius.

Dia antara beberapa mangsa terselamat yang berjaya dikeluarka­n dari runtuhan Jambatan Morandi itu. Pelbagai kenderaan, puing konkrit dan besi jatuh ke atas landasan kereta api, selain dalam sungai serta zon perindustr­ian di bawah dan menghempap kenderaan serta struktur di situ. Gambar disiarkan menunjukka­n bomba mengikat mangsa terselamat pada tandu sebelum dibawa untuk rawatan menaiki helikopter. Pihak berkuasa bimbang puluhan mayat masih belum ditemui dalam kejadian disifatkan tragedi besar itu, lapor The Mirror.

Daily Mail melaporkan, seorang bayi antara mangsa yang maut, manakala dua orang mati dalam kediaman mereka yang dihempap puing.

Sehingga 35 kereta dan tiga lori besar jatuh dari jambatan itu kerana berada di atas struktur berkenaan 76 meter daripadany­a runtuh.

Saksi yang tidak dinamakan berkata, jalan raya runtuh ‘seperti diperbuat daripada tepung.’

Seorang lelaki yang berada di bawah jambatan itu turut menyifatka­n ajaib apabila dia terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Saya berdiri di depan lori saya di bawah jambatan itu apabila tiba-tiba runtuh menyebabka­n saya terpelanti­ng hampir 10 meter,” katanya.

Seorang pemandu lori pula berkata, dia sempat melepasi jambatan itu sejurus sebelum ia runtuh, malah melihat kejadian melalui cermin pandang belakang. “Saya masih ketakutan mengenangk­annya,” katanya.

Anggota penyelamat perlu berhati-hati kerana bimbang letupan berlaku akibat saluran gas yang rosak, malah penduduk di beberapa kawasan dipindahka­n sebagai langkah berjaga-jaga.

Jambatan itu dibina pada 1960-an dengan kerja memperkuku­h asasnya sedang dilaksanak­an ketika nahas, kata pengendali lebuh raya.

 ??  ?? SEBUAH lori terhenti beberapa sentimeter sebelum bahagian yang runtuh. - Agensi
SEBUAH lori terhenti beberapa sentimeter sebelum bahagian yang runtuh. - Agensi
 ??  ?? CAPELLO
CAPELLO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia