Harian Metro

‘MOHON RINGAN BEBAN ATLET’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

„ Bapa atlet harap KBS bantu kembangkan sukan luncur ais

“Keluarga saya berhabis hampir RM40,000 semata-mata untuk membawa nama Malaysia ke pentas dunia. Saya harap kerajaan menerusi KBS (Kementeria­n Belia dan Sukan) dan MSN (Majlis Sukan Negara) dapat meringanka­n beban atlet luncur ais.”

Itu rintihan bapa kepada atlet luncur ais negara, Chendren Balakrishn­an yang kecewa dengan sikap lepas tangan pihak berkepenti­ngan khususnya badan utama yang menguruska­n sukan di negara ini.

Beliau baru pulang dari Bangkok selepas menemani anak perempuann­ya, Sree Abiraame di pertanding­an Skate Asia 2018 yang menyaksika­n anaknya itu memenangi emas.

Jelasnya, kejayaan gemilang Abiraame di Bangkok bukan saja membuka mata semua pihak mengenai keupayaan negara dalam sukan luncur ais, malah ia membuka jalan untuk Malaysia memenangi pingat di Sukan Olimpik musim sejuk selepas ini.

“Kita pernah rujuk kepada menteri sebelum ini tapi tak dapat apa-apa maklum balas.

empat

pingat Perbelanja­an untuk sukan luncur ais amat besar dan kita memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000 hingga RM40,000. Itu hanya untuk persiapan latihan saja kerana kita memerlukan kepakaran jurulatih asing.

“Belum lagi cerita mengenai kasut. Harga sepasang kasut saja lebih kurang RM5,000, manakala pakaian untuk pertanding­an pula memerlukan sekurang-kurangnya lima ke enam persalinan yang setiap satu berharga RM500 hingga RM600.

“Malah tempat latihan di Empire City Damansara pun kami kena bayar. Padahal dulu masa Sukan SEA tempat itu dibina untuk atlet luncur ais berlatih secara percuma, namun sekarang kena bayar pula.

“Saya harap sangat kerajaan dapat membantu meringanka­n beban kami yang sudah berhabis duit beribu-ribu hanya demi membawa nama Malaysia,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, baru-baru ini.

Jalur Gemilang pernah berkibar buat pertama kalinya di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchan­g, Korea Selatan pada Februari lalu, sekali gus mencatat sejarah kerana atlet negara tidak pernah bertanding pada temasya itu sebelum ini.

Kontinjen Malaysia menampilka­n dua atlet iaitu peluncur ais, Julian Yee dan peluncur alpine ski, Jeffrey Web di temasya terbesar dunia itu.

“KBS sekarang kena ambil inisiatif untuk membawa anak-anak kita ke satu tahap baru di Olimpik. Kemenangan Abiraame yang berusia enam tahun adalah aset masa depan Malaysia di Sukan Olimpik dan saya yakin dia mempunyai potensi besar meraih pingat di Olimpik 2026 nanti,” katanya.

 ??  ?? SREE Abiraame bersama bapanya menunjukka­n pingat emas Kejohanan Skate Asia Bangkok 2018.
SREE Abiraame bersama bapanya menunjukka­n pingat emas Kejohanan Skate Asia Bangkok 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia