Harian Metro

Misi buru pingat

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Gimnas negara, Amy Kwan tidak mahu melepaskan peluang mempamerka­n aksi terbaik pada penyertaan sulung di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Biarpun mengaku sukar untuk menghadiah­kan pingat dengan kehadiran jaguh kelas dunia dari Kazakhstan, Uzbekistan, Jepun dan China, Amy melihat perkara itu bukan halangan buat dirinya.

Malah, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Gold Coast dalam acara riben itu berkata, peluang untuk setiap atlet yang bertanding sama rata dan semuanya bergantung pada hari pertanding­an Kuala Lumpur: Singapura, Korea Selatan dan Taiwan antara pasukan yang mampu menjadi pemusnah impian skuad bowling negara dalam usaha untuk merangkul pingat emas Sukan Asia Jakarta-Palembang yang akan menyingkap tirainya secara rasmi, Sabtu ini.

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC), Maradona Chok mengaku harapan kepada skuad wanita cukup tinggi terutama selepas berjaya merangkul emas di Kejohanan Dunia tahun lalu.

Namun, katanya, Singapura dan Korea Selatan yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga tidak akan mudah menyerah kalah, sebaliknya pasti bertekad dan siapa yang mempamerka­n persembaha­n terbaik akan meraih pingat.

“Jika bercakap mengenai pingat memang susah untuk saya komen. Tapi kami semua akan berusaha memberi yang terbaik untuk pasukan dan negara,” kata Amy.

“Ada perubahan sedikit daripada segi pergerakan dan rutin nanti dan mungkin itu akan memberi kelebihan buat atlet negara.”

Mengulas persiapan barisan gimnas negara - Koi Sie Yan dan Izzah Amzan - Amy berkata, semuanya berjalan lancar dan pencapaian meraih satu emas, tiga perak dan satu gangsa di Kejohanan Antarabang­sa Marine Gracew awal bulan lalu diharapkan

„ Amy tekad pamer aksi terbaik pada penyertaan sulung di Sukan Asia

mampu memukau pengadil.

Sementara itu, bagi Sie Yan, peluang ke Sukan

Asia pasti tidak akan disia-siakan.

Dia berharap dapat mempamerka­n aksi sempurna bagi memastikan kepuasan dalam setiap penampilan­nya selain cuba untuk membantu pasukan mengumpul mata tertinggi.

Tiga gimnas negara itu beraksi cemerlang di

Sukan Komanwel lalu apabila menghadiah­kan satu emas, tiga perak dan tiga gangsa. Namun cabaran di Sukan Asia nyata berbeza dan pencapaian di Gold Coast tidak boleh dijadikan ukuran.

Jika bersandark­an pungutan pingat dalam dua temasya terakhir, skuad gimrama negara tidak berdepan masalah untuk sekurang-kurangnya menghadiah­kan pingat gangsa.

Naib Presiden Persekutua­n Gimnastik Malaysia

(MGF), Patrina Low tetap menaruh harapan untuk tiga ratu gimrama berpengala­man negara itu melakar kejutan kali ini selepas gimrama tidak mengambil bahagian pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.

 ??  ?? DARI kiri, Sie Yan, Amy dan Izzah menunjukka­n pingat yang diraih pada Sukan Komanwel lalu.
DARI kiri, Sie Yan, Amy dan Izzah menunjukka­n pingat yang diraih pada Sukan Komanwel lalu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia