Harian Metro

Varner mahu beri inspirasi generasi baru

-

Carolina Utara: Harold Varner III mahu memberi inspirasi buat generasi baru Afrika-Amerika untuk menyertai Jelajah PGA demi memberi lebih kerancakan terhadap sirkit golf profesiona­l.

Lebih dua dekad selepas Tiger Woods mencipta kejutan di kancah profesiona­l, tidak ramai daripada kelompok itu menyertai sukan berkenaan.

Woods yang menarik perhatian golongan Afrika-Amerika, masih belum mencukupi untuk menggalakk­an generasi baru mengikut jejaknya.

Golf profesiona­l di peringkat tertinggi masih di dominasi golongan kulit putih.

“Saya fikir ia berkait dengan soal kemudahan,” kata Varner menjelang Kejohanan Wyndham di Greensboro, Carolina Utara minggu ini.

Varner yang akan menyambut ulang tahun ke-28 hari ini berkata, dia berjaya menempatka­n dirinya dalam Jelajah PGA kerana menemui pilihan yang lebih murah untuk mengasah bakatnya sewaktu muda.

Varner yang diperkenal­kan kepada sukan itu oleh bapanya, bermain sepanjang musim panas di lapangan perbandara­n Gastonia yang terletak di pinggir Charlotte.

“Dari 1 Jun hingga 1 September, bayarannya hanya AS$100 (RM409) dan anda boleh bermain dari Isnin hingga Jumaat,” katanya.

“Seratus dollar, ia lebih murah berbanding YMCA. Saya tidak fikir banyak lapangan golf sanggup me ngambil risiko sebegitu. Ia sungguh menyedihka­n.

“Jika anda tidak melakukan sesuatu dalam hidup, mengapa tidak anda gunakan wang yang ada untuk bermain golf?” – Reuters

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia