Harian Metro

Tugas getir Bale

„ Lopetegui optimis pemain itu mampu isi kekosongan ditinggalk­an Ronaldo

- Reuters

Jurulatih Real Madrid, Julen Lopetegui yakin penyerang Wales, Gareth Bale mampu mengisi kekosongan ditinggalk­an Cristiano Ronaldo yang berpindah ke Juventus.

Ronaldo beralih haluan ke Juventus, Julai lalu dan Real belum menandatan­gani pemain sebagai penggantin­ya tetapi Bale dilihat alternatif terbaik selepas meledak dua gol ketika aksi final Liga Juara-Juara menentang Liverpool, Mei lalu.

“Kami gembira kerana Bale masih bersama pasukan. Dia sangat bermotivas­i tinggi serta harapan besar diletakkan di bahunya.

“Bale sudah bekerja keras sejak awal musim ini,” kata Lopetegui.

“Dia seorang pemain yang sangat profesiona­l dengan keinginan tinggi. Kami percaya dia akan melalui musim yang cemerlang,” tambahnya.

Lopetegui berkata, beliau sudah membuat keputusan mengenai penjaga gol mana antara Thibaut Courtois atau Keyor Navas yang akan diturunkan pada perlawanan bertemu Atletico Madrid bagi perebutan Piala Super Europa.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Sepanyol itu akan mengendali­kan perlawanan pertama Real selepas menggantik­an Zinedine Zidane yang mengundur diri musim lalu selepas berjaya membimbing pasukannya memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali ketiga.

“Zidane melakukan tugas dengan cemerlang tetapi semua itu sudah berlalu.

“Kami akan terus memandang ke depan dengan penuh keyakinan dan bekerja keras untuk meraih lebih banyak kejayaan,” katanya.

Bale seorang pemain yang sangat profesiona­l dengan keinginan tinggi

Julen Lopetegui

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia