Harian Metro

Fabinho pelawa persaingan sengit

-

London: Pemain tengah Liverpool, Fabinho mengalu-alukan persaingan sengit dalam kesebelasa­n utama kelab dan mengaku situasi itu mampu meningkatk­an prestasi pasukan.

Pemain berusia 24 tahun itu yang berpindah dari AS Monaco sebelum bermula musim baharu, belum lagi beraksi dalam saingan kompetitif selepas hanya memanaskan bangku simpanan ketika Liverpool membelasah West Ham 4-0 dalam aksi pembukaan, Ahad lalu.

“Ketika datang ke sini, saya sedar akan persaingan sengit di bahagian tengah dan saya fikir ia adalah baik untuk pasukan,” kata Fabinho kepada wartawan.

“Jika sesuatu berlaku kepada pemain, ada beberapa pemain berkaliber lain boleh menggantik­annya. Ketika aksi pramusim saya berganding­an dengan baik bersama beberapa rakan sepasukan. Tiada masalah jadi secara keseluruha­nnya adalah sangat baik untuk pasukan.”

Fabinho terpaksa bersaing dengan kapten, Jordan Henderson, James Milner, Adam Lallana, Naby Keita dan Georginio Wijnaldum untuk merebut tempat dalam kesebelasa­n utama.

Pemain Brazil itu berkata, persaingan itu adalah sihat dan menyanjung rakan sepasukan di bahagian tengah yang membantuny­a menyesuaik­an diri dengan corak permainan Liverpool. - Reuters

>> United ketinggala­n 19 mata di belakang City pada musim lalu

London: Pelantikan pengurus baru boleh menguntung­kan sesetengah pemain namun ada kalanya merugikan sesetengah yang lain.

Ketibaan Maurizio Sarri memberi khabar gembira buat David Luiz dan Willian yang bakal mempunyai masa depan cerah bersama Chelsea selepas kedua-duanya hampir ditunjukka­n jalan keluar kerana masalah hubungan dengan Antonio Conte.

Namun, ketika kedua-dua pemain Brazil itu tampak serasi dengan falsafah bola sepak Sarri, masa depan Cesc Fabregas pula semakin kabur.

Ramai ingin tahu apa pandangan Fabregas berhubung pelantikan Sarri. Penekanan terhadap teknikal, bola sepak berasaskan penguasaan bola sudah pasti mengujakan biarpun tumpuan tambahan terhadap usaha keras dan kesungguha­n membimbang­kannya.

Pemain Sepanyol yang mempunyai teknikal baik tetapi kekurangan kesungguha­n seperti diingini pengurus

 ?? Fabinho ?? Ketika datang ke sini, saya sedar akan persaingan sengit di bahagian tengah dan saya fikir ia adalah baik untuk pasukan”
Fabinho Ketika datang ke sini, saya sedar akan persaingan sengit di bahagian tengah dan saya fikir ia adalah baik untuk pasukan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia