Harian Metro

Nasib Fabregas kabur selepas pelantikan Sarri

-

baru mungkin meletakkan pemain itu dalam keadaan bahaya dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

Semangat Fabregas ternyata tidak begitu dibantu aktiviti perpindaha­n pemain kelab itu yang tertumpu kepada usaha mengukuhka­n bahagian tengah seperti dikehendak­i Sarri.

Pembelian Jorginho dari Napoli dengan bayaran awal £50 juta (RM260.5 juta) bermakna harapan Fabregas untuk menggalas watak pengatur serangan di bahagian tengah semakin tipis.

Sementara Mateo Kovacic yang dipinjam dari Real Madrid turut menyebabka­n peluang Fabregas semakin kabur. Kontrak sementara tanpa sebarang pilihan untuk pembelian membayangk­an bahawa Sarri melihat pemain Croatia itu sebagai penyelesai­an segera dalam skuad utama dan bukan jangka panjang malah kreativiti dan keupayaan melakukan aksi bertahan dimiliki Kovacic bermakna dia serasi dengan sistem berkenaan.

Selain dua pemain baharu itu, dua lagi pemain menjadi penghalang Fabregas menyertai kesebelasa­n utama. Ross Barkley jarang diturunkan sejak dibeli dengan harga £15 juta (RM17.1 juta) pada Januari, antaranya disebabkan kecederaan dan gagal mendapatka­n kepercayaa­n Conte.

Begitu juga dengan Ruben Loftus-Cheek yang kini semakin bertenaga selepas dipinjamka­n ke Crystal Palace. Kini berusia 22 tahun dan kembali ke kelab selepas terbabit kempen Piala Dunia bersama England, Loftus-Cheek dikatakan mampu mencetus impak di kelab itu, malah dilaporkan menolak tawaran menyertai kelab Bundesliga, Schalke. – Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia