Harian Metro

Hapus mentaliti ‘penyokong lalang’

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Peminat bola sepak tempatan diharap dapat mengubah mentaliti ‘penyokong lalang’ yang hanya hadir ke stadium ketika pasukan menang atau berada pada prestasi terbaik.

Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPDA), Nor Asmadi Hamzah mengaku kumpulan penyokong yang dilabel ‘lalang’ itu hanya pandai melontar kritikan ketika prestasi pasukan merudum.

Bagaimanap­un, Asmadi menjelaska­n mentaliti seperti itu perlu diubah dalam memastikan bola sepak tempatan terus berkembang dan setanding dengan liga di negara luar yang lebih maju.

“Memang betul apa yang Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim katakan sebelum ini yang penyokong seperti ini hanya pandai mengkritik, tapi tak pergi ke stadium.

“Mungkin mereka perlukan masa kerana banyak terpengaru­h dengan media sosial. Tapi beberapa faktor lain termasuk ketiadaan pemain ternama dan perjalanan liga kita yang panjang juga menyebabka­n penyokong semakin berat hati untuk ke stadium.

“Jadi, kami sebagai kelab penyokong yang sentiasa bersama pasukan berharap semua peminat terutama di Kedah dapat memberi sokongan padu kepada pasukan tidak kira ketika menang atau kalah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, Sukan NSTP

melaporkan jumlah kehadiran penyokong ke stadium kritikal berikutan enam daripada lapan gelanggang bagi aksi pembukaan Piala Malaysia dihadiri kurang daripada 3,000 penonton.

Malah, isu berkenaan turut mendapat perhatian bekas jurulatih skuad kebangsaan Mohd Azraai Khor Abdullah yang mengakui kecewa dengan jumlah kehadiran penyokong ke stadium.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Mohd Faizal Wahid pula menjelaska­n seluruh penyokong perlu menunjukka­n sokongan padu kepada pasukan bagi memastikan segala perubahan yang diharap dari pihak pengurusan dapat dilaksanak­an.

“Memang ada penyokong yang mana bila pasukan kalah tak nak turun (ke stadium), saya rasa benda macam ini tidak patut berlaku. Memang sukar untuk menilai setiap penyokong dalam Liga Malaysia ini.

“Seperti di Selangor, kita sudah dapat presiden baru dan kembali beraksi di Shah Alam, jadi kita sepatutnya memberi sokongan untuk perubahan pasukan bagi musim depan.

“Mungkin juga kerana prestasi pasukan tidak baik sekarang ini menyebabka­n penyokong kurang ke stadium, tapi perlu teruskan sokongan dan bukan hanya menunggu pasukan ke final,” katanya.

 ?? Nor Asmadi Hamzah ?? Kami sebagai kelab penyokong yang sentiasa bersama pasukan berharap semua peminat terutama di Kedah dapat memberi sokongan padu kepada pasukan tidak kira ketika menang atau kalah”
Nor Asmadi Hamzah Kami sebagai kelab penyokong yang sentiasa bersama pasukan berharap semua peminat terutama di Kedah dapat memberi sokongan padu kepada pasukan tidak kira ketika menang atau kalah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia