Harian Metro

Kemenangan jana tonik bertemu Korea Selatan

-

Kuala Lumpur: Kemenangan 3-1 ke atas Kyrgyzstan pada aksi pembukaan Kumpulan E Sukan Asia Jakarta-Palembang semalam menyuntik keyakinan untuk skuad bawah 23 tahun negara (B-23) melakukan kejutan ke atas juara bertahan, Korea Selatan dalam pertemuan kedua, esok.

Menurut jurulatih Datuk Ong Kim Swee beliau percaya dengan kemampuan anak buahnya namun dalam masa sama perlu memperbaik­i kelemahan untuk mengekang asakan

Korea

Selatan yang bakal diterajui bintang

Tottenham

(gambar),

Hotspur, Son Heung-min.

“Kemenangan ini satu keputusan yang sangat baik walaupun dari segi permainan kita mampu beraksi jauh lebih baik. Saya berharap persembaha­n kita akan bertambah baik pada perlawanan kedua dan ketiga nanti.

“Kita tahu Korea Selatan adalah pasukan lebih baik dan juga juara bertahan. Apa yang penting kita bermain mengikut kekuatan kita dan pada masa yang sama harus mengawasi pergerakan pemain lawan kerana mereka bukan hanya ada 11 pemain tapi 20 pemain yang boleh bermain pada bila-bila masa.

“Saya berharap pemain boleh mengekalka­n disiplin untuk buat satu kejutan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan semalam.

Dalam aksi di Stadium Jalak Harupat itu, Kim Swee mempertaru­hkan barisan sama ketika menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-0 dalam aksi pemanas badan kecuali memasukkan penjaga gol Haziq Nadzli untuk mengambil tempat Ifwat Akmal Chek Kassim untuk kekal dengan formasi 3-4-3.

Dan percaturan beliau menggunaka­n gandingan serangan ‘SAS’ - Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Syafiq Ahmad - jelas menjadi apabila mereka meledak gol untuk Malaysia.

Safawi membuka tirai jaringan pada minit ke-38 menerusi sepakan penalti selepas Akhyar dikasari oleh kapten Kyrgyzstan, Tamirlan Kozubaev.

Bagaimanap­un Kyrgyzstan yang dibimbing Igor Kudarenko cuba bangkit apabila mengikat kedudukan pada minit ke-55 hasil percubaan Ernist Batyrkanov namun dua gol yang dihasilkan oleh Akhyar dan Syafiq pada minit ke-61 dan 78 memastikan skuad negara selesa memungut tiga mata.

Bagaimanap­un sedikit membimbang­kan menjelang pertemuan dengan Korea Selatan apabila tonggak pertahanan Domnic Tan dikeluarka­n pada babak kedua akibat kecederaan dan digantikan dengan Adib Zainudin.

Selepas aksi menentang Korea Selatan, Malaysia akan berdepan Bahrain dalam perlawanan terakhir kumpulan pada Isnin ini di Jakarta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia