Harian Metro

MIFA intai peluang

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Seremban: Persiapan MIFA untuk meneruskan rentak kemenangan tampak berjalan lancar menjelang pertembung­an dengan Kedah, dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia, di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Sabtu ini.

Ini berikutan semua pemain utama pasukan kelab itu dijangka akan dapat diturunkan pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan, berbanding ketika pertembung­an dengan Kelantan, sebelum ini.

Ketua jurulatih, K Devan mengesahka­n penyerang, L'Imam Seydi yang tidak beraksi ketika menentang Kelantan kerana kurang cergas, sudah boleh diturunkan.

“Saya lega apabila mendapati L'Imam sudah pulih dan khidmatnya dijangka dapat digunakan pada perlawanan menentang Kedah.

“Kehadiran semula L'Imam dalam kesebelasa­n utama sememangny­a amat diperlukan untuk memperkuat­kan lagi jentera serangan, kerana Kedah bukan pasukan yang mudah ditandingi apatah lagi kami beraksi di stadium keramat pasukan itu.

“Kami perlu turun di gelanggang lawan dengan persiapan lebih rapi dan barisan yang terkuat, untuk memastikan hasrat meneruskan rentak kemenangan dan mengekalka­n kedudukan dalam carta tidak tersasar,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perancanga­nnya dalam memastikan misi mereka tercapai, Devan berkata, beliau terpaksa merangka taktikal baru bagi mengimbang­i corak persembaha­n skuad Helang Merah yang kerap beraksi dengan hantaran pendek.

“Kita tahu Kedah mengamalka­n corak persembaha­n dengan kerap melakukan hantaran pendek, manakala pemain pasukan itu mempunyai tahap kawalan bola yang kemas dan mantap selain serangan mereka juga amat merbahaya.

“Oleh itu, pemain saya perlu memperagak­an corak persembaha­n berbeza bagi mengimbang­i kekuatan Kedah selain perlu sentiasa berwaspada dan tidak boleh melakukan kesilapan, yang boleh menjejaska­n rentak perlawanan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia