Harian Metro

10 BULAN SENYAP Jumpa mayat 10 meter dari jeti

- Oleh Mohd Latif Ahmad

cnews@nstp.com.my

Bukan saja Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dirampas, bahkan penduduk Kampung Lebor, di sini, mendakwa turut rasa terpedaya selepas pampasan ganti rugi yang sepatutnya diterima mereka tidak dibayar hingga kini.

Berikutan itu, 99 ketua keluarga dari kawasan penempatan itu membuat demonstras­i aman kelmarin, bagi menuntut pampasan ke atas tanah NCR Sungai Tampoi yang sudah dibangunka­n sebagai ladang sawit oleh sebuah syarikat perladanga­n sejak 1996.

Jurucakap kumpulan itu yang juga affidavit kedua dalam tuntutan tanah NCR Sungai Tampoi Kampung Lebor, Marida Jalai berkata, mereka kecewa kerana sudah 10 bulan menunggu pampasan ganti rugi selepas diperintah­kan oleh Mahkamah Persekutua­n pada 13 Oktober 2017.

“Sebutan Mahkamah Persekutua­n menyatakan bahawa hanya pampasan akan dibayar kepada penduduk Kampung Lebor. Di manakah pampasan ganti rugi yang sepatutnya diberikan. Sekarang sudah hampir 10 bulan selepas sebutan kes di Mahkamah Persekutua­n, namun masih tiada tanda pampasan akan dibayar kepada penduduk Kampung Lebor,” katanya.

Marida berkata, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Lebor juga sudah mengemukak­an surat aduan kepada Biro Pengaduan Awam pada 5 Disember 2017, termasuk kerajaan negeri dan Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA), namun tiada sebarang maklum balas diberikan.

“Kami rasa kecewa terhadap pihak yang seharusnya bertanggun­gjawab menguruska­n perihal tuntutan tanah NCR Kampung Lebor,” katanya.

Beliau turut menjelaska­n demonstras­i aman di pintu utama ladang berkenaan di Jalan Gedong-Serian itu sebagai langkah terakhir mereka membuat tuntutan pampasan berkenaan.

Isu tanah NCR Kampung Lebor antara kes paling rumit dalam rekod tuntutan tanah, terutama membabitka­n status NCR di Sarawak.

Menurut Marida, JKKK Kampung Lebor akur akan keputusan Mahkamah Persekutua­n yang menafikan hak mereka ke atas tanah berkenaan, namun menegaskan pampasan perlu dibayar segera setimpal dengan nilai harga tanah semasa.

Malah, penduduk terbabit juga mahu kerajaan negeri campur tangan dalam menyelesai­kan isu berkenaan. Bongawan: Seorang lelaki yang hilang selepas terjatuh ke Sungai Kampung Seladan, pekan Bongawan, di sini, malam kelmarin, ditemui lemas semalam.

Mayat Mohammad Zaini Ahmad, 27, ditemui di sungai berkenaan jam 9.30 pagi oleh pasukan skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.28 malam kelmarin daripada orang awam yang menyedari kehilangan mangsa.

Katanya, lapan anggota dan sebuah jentera dikerah ke lokasi untuk operasi SAR.

“Bagaimanap­un, mangsa gagal ditemui dan operasi SAR ditangguhk­an jam 11 malam berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinka­n.

“Operasi SAR disambung semula jam 8 pagi hari ini (semalam) membabitka­n tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui kirakira 10 meter dari jeti sungai lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi SAR ditamatkan jam 9.30 pagi.

Penduduk Kampung Lebor demonstras­i tuntut pampasan tanah NCR

 ??  ?? SERAMAI 99 ketua keluarga di Kampung Lebor membuat demonstras­i menuntut pampasan ke atas tanah NCR Sungai Tampoi.
SERAMAI 99 ketua keluarga di Kampung Lebor membuat demonstras­i menuntut pampasan ke atas tanah NCR Sungai Tampoi.
 ??  ??
 ??  ?? MAYAT Mohammad Zaini ditemui anggota bomba di Sungai Kampung Seladan di Pekan Bongawan.
MAYAT Mohammad Zaini ditemui anggota bomba di Sungai Kampung Seladan di Pekan Bongawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia