Harian Metro

RCP ESSCOM akan dibina di Sapi Nangoh

-

Lahad Datu: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan mewujudkan sebuah lagi pusat pemeriksaa­n darat atau ‘Road Check Point’ (RCP) di Sapi Nangoh, Beluran bagi membantera­s elemen pergerakan jenayah di kawasan berkenaan.

Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali berkata, kewujudan RCP Kalabakan-Sepulut sebelum ini banyak membantu mengekang jenayah yang menjadikan Tawau sebagai transit penyeludup­an barangan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Katanya, pelbagai siri tangkapan dilakukan sepanjang RCP dilaksanak­an di jalan berkenaan, sekali gus menyekat laluan itu daripada digunakan penjenayah.

“RCP kalabakan memang berkesan tetapi banyak jalan tikus wujud. Antara dikesan ialah di Kampung Murut, Kalabakan ke Tingkayu, Silam dan Tingkayu ke Tongod, Sandakan.

“Penjenayah bukan saja meneroka jalan tikus baharu di kawasan ladang kelapa sawit, malah menceroboh kawasan hutan simpan bagi mengelak daripada melalui RCP,” katanya pada kenyataan, semalam.

Hazani berkata, penjenayah sentiasa mencari peluang, malah mempunyai pasukan pemantau untuk mengesan pergerakan pihak berkuasa.

“Tekong penjenayah pula bukan hanya dalam kalangan warga tempatan, malah warga asing disebabkan hasil lumayan. PATI dikenakan bayaran minimum RM150 seorang dan boleh mencecah sehingga RM1,500 untuk tugasan sehari.

“Ramai pihak tidak gemar RCP ini ekoran ia turut mengekang aktiviti pembalakan secara haram. Sebab itu saya menitikber­atkan integriti anggota termasuk bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini dalam proses perbincang­an dengan agensi berkuasa lain bagi membantu menjayakan RCP seperti Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Perhutanan.

Mengenai kemudahan rumah di Balai Polis Kalabakan yang akan menjadi penempatan anggota RCP Kalabakan, Hazani berkata, ia perlu bagi memastikan RCP terus berada di kawasan berkenaan.

“Kita tahu Jalan Kalabakan-Sapulut ini diguna pakai penjenayah untuk bersembuny­i bagi tempoh masa yang singkat, sebab itu RCP ini perlu terus ada di situ,” katanya.

 ??  ?? HAZANI
HAZANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia