Harian Metro

Kopi tepi jalan

- Poliana Ronnie Sidom cnews@nstp.com.my

„ Pandu lalu raih pelanggan tetap

Kopi panas RM1 dan pelbagai jenis sandwic di bawah harga RM4.

Itu menu sarapan murah ditawarkan seorang lelaki yang menggunaka­n konsep pandu lalu di tepi jalan berhampira­n Bandar Fajar Perdana, di Batu 7, di sini.

Beroperasi bermula jam 6 pagi hingga jam 8 pagi setiap Isnin hingga Jumaat, perniagaan itu dimulakan Jaafar Pame, 30, berasal dari Kampung Sukau, Kinabatang­an, sejak 2016 dengan menjadikan pembahagi jalan di kawasan berkenaan sebagai tempat berniaga.

Bagaimanap­un, selepas beberapa bulan, Jaafar yang turut disertai rakannya, Wan Anwar, 30, berpindah ke tepi jalan bagi memudahkan orang ramai singgah.

Ketika ini, lapan jenis menu sandwic dijual membabitka­n keju ayam, keju telur, tuna, telur dan yang paling laris iaitu keju cheddar ayam.

Jaafar berkata, dia menyediaka­n sekurang-kurangnya 20 gelas kopi sehari dan 40 bungkus sandwic untuk dijual malah ada kalanya ia tidak mencukupi terutama pada Jumaat.

Katanya, hasil jualan itu membolehka­nnya meraih pendapatan yang baik untuk menampung hidup.

“Saya mula terfikir untuk menjalanka­n perniagaan ini apabila mendapati kawasan di sini sesak setiap pagi dan mungkin mereka yang bekerja tidak sempat untuk bersarapan.

“Tambahan pula, ketika ini sukar mencari kerja. Sebelum berniaga, saya bekerja di pasar raya,” katanya yang berazam mengumpul wang daripada hasil jualan itu untuk membeli kenderaan bagi memulakan perniagaan trak makanan.

Jaafar berkata, dia belajar membuat sandwic dari YouTube dan rakan-rakan serta sentiasa memperbaha­rui menu bagi menarik perhatian pelanggan.

Katanya, dia biasanya bangun seawal jam 3.30 pagi setiap hari untuk menyediaka­n bahan makanan bagi memastikan hidangan disediakan segar.

“Selepas hampir dua tahun, sambutan diterima sangat baik malah sudah ada pelanggan tetap,” katanya.

 ??  ?? JAAFAR menunjukka­n sandwic paling digemari pelanggan iaitu sandwic keju cheddar ayam.
JAAFAR menunjukka­n sandwic paling digemari pelanggan iaitu sandwic keju cheddar ayam.
 ??  ?? WAN menggunaka­n konsep pandu lalu untuk menjual kopi dan sandwic sejak 2016.
WAN menggunaka­n konsep pandu lalu untuk menjual kopi dan sandwic sejak 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia