Harian Metro

Wanita dera budak ke lokap semula gagal bayar wang jaminan

-

Mahkamah Majistret Mukah membebaska­n seorang wanita yang direman tujuh hari sebelum ini bagi membantu siasatan kerana mendera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang juga anak saudaranya.

Majistret Saiful Sayuti membebaska­n wanita berusia 25 tahun itu dengan jaminan RM10,000 oleh dua penjamin sementara menunggu tarikh sebutan semula kes berkenaan yang ditetapkan pada 27 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Jimmy Panyau berkata, wanita berkenaan bakal didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Malah, wanita itu bakal menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Bagaimanap­un, dia kini ditahan di lokap kerana tiada penjamin membayar wang ikat jamin ditetapkan mahkamah sementara menunggu sebutan semula kes,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penahanan suspek sejurus menghantar anak saudara itu ke

Hospital Mukah selepas doktor yang menjalanka­n pemeriksaa­n menemui kesan kecederaan mencurigak­an.

Suspek dalam soal siasat dijalankan mengakui memukul mangsa dengan penyidai baju, tangan serta kayu bertempat di rumah pekerja kilang sawit yang terletak di Selangau.

Akibatnya, mangsa patah tangan kanan, lebam di bahagian muka, dada belakang badan, kedua-dua belah kaki serta kesan kulit menggelupa­s di bahagian atas kemaluan.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi suspek di Mahkamah Majistret Mukah.
ANGGOTA polis mengiringi suspek di Mahkamah Majistret Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia