Harian Metro

Penjenayah ugut bom rompak kedai

-

Padawan: Empat pekerja kedai runcit di Taman Suria Jaya, Matang, di sini tergamam selepas dua individu mengugut memiliki sebutir bom ketika merompak kedai berkenaan, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, empat pekerja masing-masing berusia 20-an itu berada di kaunter kedai runcit berkenaan untuk mengira wang kerana selesai pertukaran syif.

Namun, dua lelaki tidak dikenali kemudianny­a meluru masuk ke dalam kedai berkenaan sebelum menunjukka­n bungkusan plastik yang didakwa mempunyai bom.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superinten­dan Aidil Bolhassan berkata, suspek mengugut pekerja berkenaan untuk menyerahka­n wang tunai dan telefon bimbit sekiranya tidak mahu bom berkenaan diaktifkan.

Menurutnya, tergamam dengan ugutan suspek itu, pekerja kedai runcit berkenaan akur dan menyerahka­n wang tunai berjumlah RM1,560 dan empat telefon bimbit.

“Suspek bergegas keluar menaiki sebuah Perodua Axia yang diletakkan tidak jauh dari kedai runcit berkenaan menuju ke jalan utama untuk meloloskan diri.

“Pekerja kedai runcit berkenaan memaklumka­n kejadian kepada majikan mereka sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Kawa tidak lama selepas itu untuk tindakan lanjut pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Aidil berkata, susulan daripada laporan itu, satu pasukan khas Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menjalanka­n siasatan lanjut bagi mengesan suspek.

Katanya, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang juga anak kepada pemilik kereta yang digunakan ketika kejadian dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, jam 8 pagi Isnin lalu.

“Susulan penahanan itu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 40 tahun di Taman Malihah, Matang, jam 4.30 petang hari yang sama. Suspek yang ditahan adalah individu yang menunjukka­n bungkusan yang didakwa mempunyai bom selain merampas wang tunai dan telefon bimbit pekerja kedai runcit berkenaan,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek kini direman bagi membolehka­n siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunaka­n senjata dijalankan terhadap mereka.

 ?? Superinten­dan Aidil ??
Superinten­dan Aidil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia