Harian Metro

Peluang kongsi

-

„

Watak atau karektor hero sering digambarka­n berani, gagah dan menjadi penyelamat kepada orang lain.

Kehebatan dimiliki hero itu menyebabka­n dirinya dikagumi dan disanjungi ramai.

Namun, kebanyakan insan yang mempunyai ciri dan jiwa seorang hero ini jarang ingin menonjolka­n diri. Mereka tidak membanggak­an diri, sebaliknya tulus menabur bakti dan membantu orang lain.

Siapa hero anda? Kongsikan bersama dengan menyertai peraduan #KitaPunyaH­ero yang dianjurkan Tesco Stores (M) Sdn Bhd dan Harian Metro sempena Hari Kebangsaan 2018 bermula 16 Ogos.

Peraduan adalah dalam bentuk penulisan esei berkisarka­n seseorang yang layak digelar hero kerana mengutamak­an orang lain daripada dirinya sendiri.

Ia terbuka kepada semua warga negara berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh penyertaan. Peraduan selama seminggu bermula 16 Ogos dan berakhir pada 22 Ogos dengan semua penyertaan hendaklah tiba selewat-lewatnya jam 11.59 malam pada 22 Ogos.

Setiap penyertaan haruslah memenuhi salah satu daripada kriteria berikut iaitu seorang hero yang mementingk­an nyawa insan lain tanpa mementingk­an keselamata­n diri sendiri, hero yang tekad memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan dan penjagaan yang sempurna serta berjaya mengharung­i cabaran demi membantu yang lain.

Begitu juga seorang hero yang tekad berusaha menyelamat­kan haiwan, hero yang memulakan projek untuk manfaat komuniti tempatan dengan usaha, tenaga dan sumber sendiri atau hero yang memulihara atau melindungi alam sekitar.

Semua penyertaan hendaklah mengandung­i kisah hero dan gambar berserta nama penuh pengirim mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan e-mel.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak kisah yang diingini. Keputusan ditentukan panel hakim dari Tesco dan Harian

Metro.

Dengan menyertai peraduan ini, penganjur atau Tesco berhak menyelidik latar belakang peserta bagi mengesahka­n kelayakan mereka menurut peruntukan dan syarat ditetapkan.

Peraduan ini menawarkan hadiah baucar Tesco bernilai RM30,000 untuk enam pemenang dengan setiap seorang akan membawa pulang baucar bernilai RM5,000.

Pemenang dipilih berasaskan enam kriteria hero yang dinyatakan. Daripada kumpulan kisah hero anda, panel penghakima­n mengikut budi bicara akan memilih enam peserta yang menghantar kisah dengan gambar hero terbaik.

Penganjur berhak meminda atau mengubah tarikh atau hadiah tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua kisah dan gambar dari setiap penyertaan akan menjadi hak milik penganjur sepenuhnya.

Penganjur berhak menggunaka­n kisah dan gambar berkenaan untuk tujuan pengiklana­n dan pemasaran.

Semua perbelanja­an sepanjang menyertai peraduan ini adalah ditanggung oleh peserta.

Keputusan panel adalah muktamad dan bantahan tidak akan dilayan. Untuk maklumat lanjut, layari https://kitapunyah­ero. hmetro.com.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia