Harian Metro

Konsep ala kelasi untuk berhibur

-

Puchong: Pasti ramai terpegun sebaik melangkah masuk ke pusat karaoke The Port Karaoke, IO1 Mall Puchong kerana menampilka­n konsep bertemakan suasana di pelabuhan.

Bermula dari pintu masuk, pelanggan boleh melihat sendiri pekerja di premis itu menunggu dengan pakaian gaya kelasi.

Terletak berhampira­n kemudahan awam stesen MRT Puchong memudahkan lagi pelanggan, khususnya dari sekitar Lembah Klang dan Selangor untuk meluangkan masa bersama rakan, mahupun mereka yang sudah berkeluarg­a.

Pengurus The Port Karaoke, Mohd Fairuz Abd Hamid, berkata dengan menekankan konsep santai keluarga, pusat karaoke itu turut menyediaka­n pelbagai menu makanan untuk pelanggan yang datang mengikut kehendak, selain pakej bufet yang disediakan.

Katanya, pusat hiburan itu turut menyediaka­n perkhidmat­an tempahan khas berbentuk lokasi acara sambutan hari jadi, keraian dan sebagainya dengan menyediaka­n ruang bilik karaoke yang mampu memuatkan kira-kira 40 orang pada satu-satu masa.

“Harga istimewa karaoke untuk kanak-kanak bermula dari RM5 untuk satu jam dan RM8 bagi dua jam adalah yang terendah dan sesuai untuk hiburan keluarga secara ekonomi.

“Pakej berkenaan termasuk perkhidmat­an permainan elektronik X-Box yang disediakan khusus untuk kanak-kanak,” katanya.

Bagi pelanggan atau kumpulan yang membawa artis, mereka juga layak untuk menerima hiburan karaoke secara percuma selama tiga jam mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat.

The Port Karaoke mempunyai 59 bilik terdiri daripada empat kategori, menawarkan harga serendah RM20 sehingga RM110 mengikut kategori bilik standard, deluxe, VIP dan VVIP.

Ruang bilik selesa serta menyediaka­n lagu terkini yang dimuat naik setiap dua minggu, memberi banyak pilihan kepada pelanggan yang datang ke pusat karaoke berkenaan. Operasinya bermula dari jam 11 pagi sehingga tengah malam setiap hari.

Orang ramai boleh layari laman sosial Facebook: The Port Karaoke atau

Instagram Theportkar­aoke untuk melihat suasana serta pakej menarik yang disediakan.

 ?? Mohd Fairuz ?? THE Port Karaoke di IOI Mall Puchong berkonsepk­an suasana pelabuhan. Harga istimewa karaoke untuk kanak-kanak bermula dari RM5 untuk satu jam dan RM8 bagi dua jam adalah yang terendah dan sesuai untuk hiburan keluarga secara ekonomi”
Mohd Fairuz THE Port Karaoke di IOI Mall Puchong berkonsepk­an suasana pelabuhan. Harga istimewa karaoke untuk kanak-kanak bermula dari RM5 untuk satu jam dan RM8 bagi dua jam adalah yang terendah dan sesuai untuk hiburan keluarga secara ekonomi”
 ??  ?? RUANG restoran yang luas sesuai untuk pelanggan meraikan hari istimewa.
RUANG restoran yang luas sesuai untuk pelanggan meraikan hari istimewa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia