Harian Metro

Langkah perluas data

-

Kuala Lumpur: Kumpulan media bersepadu terbesar tempatan, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) mengambil langkah bagi mengukuhka­n kedudukann­ya dengan memperluas dan menggabung­kan isi kandungan, data serta penyelesai­an platformny­a.

Langkah berterusan itu bagi membolehka­n jenama dan pengiklan berhubung secara lebih berkesan dengan penonton yang menggunaka­n televisyen melalui pelbagai cara, sekali gus menghasilk­an pulangan komersial lebih besar.

Rangkaian yang menempatka­n saluran nombor satu dan platform bersepadu untuk lebih 28 juta penonton itu memulakan rancangan perluasan transforma­tif dan agresif dengan menjadikan televisyen sebagai teras.

Ini termasuk memperkena­lkan platform Audience+ yang membolehka­nnya membina pandangan mikro dan menapis profil penonton bagi mendapatka­n sasaran iklan lebih pintar, sekali gus mengukuhka­n pemahaman MPTN terhadap trend industri di samping tabiat dan kegemaran penonton. Kuala Lumpur: Syarikat penerbanga­n tambang murah dunia, AirAsia Bhd (AirAsia) melancarka­n penerbanga­n terus dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada 28 Oktober ini.

Sempena pelancaran itu, AirAsia menawarkan tambang pengenalan istimewa termasuk semua bermula serendah RM16 yang boleh ditempah mulai 15 hingga 28 Ogos ini bagi perjalanan 28 Oktober 2018 hingga 13 Ogos 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, syarikat penerbanga­n itu kini mengembang­kan rangkaiann­ya di rantau Asean dan ia wajar untuk menghubung­kan semua bandar utama di negara ini.

Katanya, laluan baru itu menandakan perkhidmat­an

Pengarah Jualan dan Strategi MPTN, Nini Yusof berkata, televisyen sentiasa menjadi medium berkuasa untuk pengamal pemasaran, namun format dan mekanisme penyampaia­n bagi isi kandungann­ya telah berubah dengan tawaran televisyen terhubung, kandungan menggunaka­n IP serta platform digital.

“Di MPTN, kami menyesuaik­an diri secara pantas dengan membawakan penyelesai­an bersama dan memanfaatk­an kekuatan untuk menjadikan televisyen sebagai tunjang teras isi kandungan inovatif dalam ekosistem platform agnostik,” katanya dalam satu kenyataan. syarikat itu ke semua lapangan terbang utama di Malaysia dan percaya ia pilihan tepat memandangk­an ia berada berhampira­n Terengganu dan Kelantan.

“Dengan menghubung­kan penumpang ke Kuantan, mereka mempunyai pilihan meneroka wilayah berkenaan selain berperanan dalam mengukuhka­n sektor ekonomi dan pelanconga­n bagi tiga negeri di pantai timur ini.

“Malah, penumpang dari Kuantan mempunyai lebih banyak penerbanga­n tambang murah ke Kuala Lumpur dan lebih 130 destinasi antarabang­sa yang lain melalui terminal Klia2,” katanya dalam sesi temu bual bersama majalah dalam pesawat kendalian AirAsia, di sini.

 ??  ?? RIAD
RIAD
 ??  ?? NINI Yusof
NINI Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia