Harian Metro

SELAMAT RAJA SUNGAI

- Tuty Haryanti Ahmad Rodzi tuty@nstp.com.my

Jabatan Perikanan Negeri Sembilan lepaskan 5,000 benih ikan kelah elak kepupusan

Ikan kelah atau nama saintifikn­ya Tor tambroides adalah ikan sungai yang berasal dari Malaysia dengan habitatnya di hulu sungai yang mempunyai air bersih, jernih, deras dan berjeram batu.

Turut digelar raja sungai, ikan itu banyak ditemui di hulu Sungai Pahang, Sungai Perak, Sungai Terengganu, Sungai Kelantan dan Taman Negeri Endau-Rompin.

Di Negeri Sembilan, ikan kelah boleh ditemui di sungai sekitar daerah Jelebu saja kerana punca utama sungai di situ adalah dari Sungai Triang yang mengalir ke Sungai Pahang.

Bagaimanap­un, di negeri ini, ikan yang sensitif terhadap persekitar­an itu semakin sukar ditemui dan hampir pupus akibat beberapa faktor termasuk kegiatan arus elektrik, menuba sungai dan menangkap ikan kelah untuk dijual sebagai ikan hiasan.

Namun sejak 10 tahun lalu, usaha pemulihara­an oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan berjaya membiakkan ikan itu di pusat pembenihan di Institut Penyelidik­an Perikanan Air Tawar (FRI), Glami Lemi di Jelebu, sebelum melepaskan benihnya ke dalam sungai.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Halimi Abu Hanip berkata, sejak lima tahun lalu 5,000 benih ikan kelah dilepaskan di

Sungai Kenaboi, Jelebu yang menjadi antara habitat spesies itu.

“Pelepasan benih ikan kelah ini bergantung kepada stok yang dikeluarka­n di pusat pembenihan perikanan di Jerantut, Pahang dan di FRI.

“Pada April lalu, program pelepasan ikan dibuat di Sungai Kenaboi dan sasaran dua lagi pelepasan benih dibuat pada tahun ini, sekali gus membantu memulihara habitat spesies ini secara berterusan,” katanya.

Halimi berkata, selain Sungai Kenaboi, pelepasan benih ikan kelah turut dibuat di Sungai Gelami, Sungai Triang di Simpang Durian dan sekitar sungai berpotensi sekitar Kuala Pilah.

Katanya, ikan kelah mempunyai nilai yang tinggi kerana keenakanny­a hingga menyebabka­n harganya kini mencecah RM350 sekilogram.

“Oleh kerana harganya yang sangat mahal, ia perlu dikomersia­lkan melalui pembenihan secara aruhan serta penternaka­n di dalam kolam, sekali gus mengelakka­n daripada kebergantu­ngan kepada sumber kelah liar yang semakin terancam,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya giat mempromosi­kan usaha itu sebagai serampang dua mata iaitu menyelamat­kan spesies itu daripada terus ditangkap dengan meluas serta membantu pengusaha mendapat pulangan tinggi menerusi penternaka­n kelah secara komersial.

Bagaimanap­un katanya, ketika ini tidak banyak pihak yang melakukan pembiakan dan pembenihan ikan kelah di dalam kolam dan di Negeri Sembilan, hanya terdapat sebuah syarikat iaitu A Farm Agrotech di Lenggeng yang berjaya dalam usaha itu.

“Cabaran utama dalam penternaka­n kelah adalah mendapatka­n induk sebagai baka pembenihan, kos operasi penternaka­n yang tinggi, memerlukan pengairan yang bersih, selain tumbesaran yang lambat iaitu sehingga setahun setengah.

“Bagaimanap­un, saya yakin usaha ini mampu dicapai kerana pembenihan itu dapat disalurkan kembali ke sungai bagi memastikan mencapai objektif iaitu sumber perikanan terus terpelihar­a,” katanya.

Malah, katanya, beberapa kawasan di negeri ini berpotensi menjadi tempat pembiakan dan pembenihan ikan kelah kerana mempunyai air bersih yang sesuai untuk habitat ikan kelah itu antaranya di Lenggeng dan Pantai kerana mempunyai sumber air bukit.

 ??  ?? ANAK benih ikan kelah berusia sebulan yang mencecah saiznya 1/2 inci diternak di dalam akuarium di A Farm Agrotech Kampung Kapal, Lenggeng.
ANAK benih ikan kelah berusia sebulan yang mencecah saiznya 1/2 inci diternak di dalam akuarium di A Farm Agrotech Kampung Kapal, Lenggeng.
 ??  ?? PELEPASAN benih ikan kelah di Sungai Kenaboi, Jelebu oleh kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.
PELEPASAN benih ikan kelah di Sungai Kenaboi, Jelebu oleh kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia