Harian Metro

KEKAL NAMA ASAL

- Amir Abd Hamid cnews@nstp.com.my

Sepasang pengantin mualaf yang baru melangsung­kan perkahwina­n di Surau Balai Islam di Taman Kesidang, Melaka, kelmarin membuktika­n memeluk Islam tidak bermakna mereka perlu meninggalk­an adat kaum asal mereka.

Malah, Tan Poh Wah, 37, dan isteri Lee Sing Ju, 36, masih menggunaka­n nama asal dalam MyKad dan Kad Akuan Memeluk Islam sejak Allah mengurniak­an hidayah kepada mereka memeluk agama suci ini.

Walaupun ketika melafazkan akad dan sesi khutbah nikah diperdenga­rkan kadi dalam bahasa Melayu namun Tan mengambil inisiatif menerangka­n pengisiann­ya kepada Lee dalam bahasa Mandarin.

Tan yang bekerja sebagai pengayuh beca di Bandaraya Bersejarah itu tidak putus-putus mengucapka­n kesyukuran dan berharap pernikahan mereka juga adalah sebagai dakwah menepis stigma segelintir masyarakat negara ini yang menganggap memeluk Islam bermakna masuk Melayu.

“Islam adalah milik semua manusia di dunia ini tanpa batasan kaum atau darjat. Selagi saya tidak melanggar prinsip sebagai penganut agama Islam, saya boleh menjalani kehidupan dan lakukan apa saja seperti mana amalan masyarakat kaum Cina termasuk adat bersanding dan minum teh,” katanya yang secara rasmi memeluk Islam pada 1 Februari 2016.

Beliau yang dihubungi Metro Ahad Tan berkata, isterinya yang memeluk Islam pada 22 Mei 2017 itu dikenaliny­a ketika dia masih bekerja dalam bidang pembinaan.

“Empat tahun lalu ada projek di Seremban, Negeri Sembilan. Saya memandu jengkaut untuk projek pembinaan bangunan dan tapak itu bertentang­an dengan rumah Lee.

“Saya terpandang­nya dan minat untuk mengenalin­ya dengan lebih rapat. Saya meluahkan hasrat untuk mengahwini­nya selain memberitah­u saya akan memeluk Islam.

“Alhamdulil­lah dia setuju untuk berkahwin dengan saya dan turut diberikan hidayah untuk memeluk Islam. Kemudian kami juga ke kelas mendalami Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sehinggala­h hari ini kami sah bergelar suami isteri,” katanya yang merancang berbulan madu di Langkawi.

Sambil tertawa, katanya, dia sah menjadi suami selepas tiga kali akad disebabkan tergelak apabila rakan mengusikny­a ketika majlis pernikahan.

Terserlah kebahagiaa­n di wajah Tan yang memakai sut lengkap kelabu manakala Lee anggun mengenakan gaun putih ketika majlis bersanding.

Sebelum itu, pasangan berkenaan dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Mohd Shokri Mustaffa dengan mas kahwin RM100 tunai.

„ Pengantin mualaf buktikan peluk Islam

tidak perlu tinggal adat kaum asal

 ??  ?? TAN (kanan) dan
Lee di atas pelamin gembira memegang surat perakuan nikah.
TAN (kanan) dan Lee di atas pelamin gembira memegang surat perakuan nikah.
 ??  ?? TAN (kanan) pada acara akad nikah.
TAN (kanan) pada acara akad nikah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia