Harian Metro

Tekad pertahan kerusi Seri Setia SATU LAWAN SATU

- Mohd Anwar Patho Rohman, Hidir Reduan, Nor Ain Mohamed Radhi dan Erah Amran cnews@nstp.com.my

Petaling Jaya: Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar nekad mempertaha­nkan kerusi Seri Setia yang dianggap kubu kuat PKR itu dari jatuh ke tangan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 8 September nanti.

Justeru, beliau yakin dapat menggalas tanggungja­wab diberi kepemimpin­an parti sekali gus berupaya mengekalka­n momentum kemenangan PH di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Seri pada PRK kali ini.

Ketika ditemui, Halimey berkata, antara perkara menjadi keutamaan beliau selepas ini meningkatk­an kemudahan infrastruk­tur di kawasan penempatan kos rendah seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang dan Desa Mentari.

“Kawasan Seri Setia ini mempunyai banyak kawasan penempatan pangsapuri dan kos rendah. Ini yang menjadi keutamaan saya lepas ini,” katanya selepas pengumuman pencalonan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

PRK Seri Setia bakal menyaksika­n pertembung­an satu lawan satu antara Halimey yang dicabar calon PAS, Dr Halimah Ali.

Mengulas mengenai tindakan parti lawan yang merancang menggunaka­n isu kegagalan pentadbira­n 100 hari kerajaan PH dalam program kempen mereka, Halimey berkata pihaknya tidak terjejas dengan cara itu.

Beliau berkata, sebaliknya PH mengambil pendekatan memberi fokus terhadap isu lokaliti di Selangor.

“Di Selangor sendiri kita sudah banyak menyelesai­kan isu melalui Inisiatif Peduli Rakyat dan kita akan terus fokus dengan isu di Selangor,” katanya.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandang­nya, Prof Dr Shaharuddi­n Badaruddin pada 2 Ogos lalu.

Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 September ini menyaksika­n pertanding­an satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) dan MCA.

MCA mempertaru­hkan ahli perniagaan, Tan Chee Teong, 40, manakala PH diwakili Naib Ketua Wanita DAP Bahagian Serdang, Wong Siew Ki, 32.

Pegawai Pengurus PRK DUN Sungai Kandis, Datuk Rosli Othman membuat pengumuman itu pada jam 10.25 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Utama Demense, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat, semalam.

“Saya bagi pihak Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menerima dua kertas pencalonan untuk bertanding bagi PRK DUN Balakong.

“Mereka yang mengemukak­an kertas penamaan ialah Tan Chee Teong pada jam 9.06 pagi

Pakatan Harapan ditentang MCA

dari MCA dan Wong Siew Ki jam 9.13 pagi dari PH.

“Selepas dokumen pencalonan disemak saya berpuas hati tiada calon yang ditolak kertas penamaan,” katanya.

Kerusi DUN Balakong kosong berikutan kematian penyandang­nya, Eddie Ng Tien Chee yang terbabit dalam kemalangan jalan raya, 20 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, Tien Chee yang bertanding menggunaka­n logo PKR, menang majoriti 35,538 undi selepas menewaskan calon PAS Mohamad Ibrahim Ghazali dan Lim Chin Wah (BN).

PRK kali ini mencatat sejarah kerana buat kali pertama MCA akan menggunaka­n logo parti itu dan tidak menggunaka­n logo Barisan Nasional (BN) manakala DAP pula menggunaka­n logo PH.

 ??  ?? TAN (kiri) bersama Wong semasa pengumuman calon DUN Balakong di Dewan Utama Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
TAN (kiri) bersama Wong semasa pengumuman calon DUN Balakong di Dewan Utama Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
 ??  ??
 ??  ?? HALIMEY dan Dr Halimah di Dewan Sivik MBPJ selepas proses penamaan calon, semalam.
HALIMEY dan Dr Halimah di Dewan Sivik MBPJ selepas proses penamaan calon, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia