Harian Metro

Hati-hati pilih pengasuh

-

Bagi ibu bapa pastikan periksa tubuh anak setiap hari elak kes dera

digemparka­n dengan kes penemuan mayat bayi lelaki dalam peti sejuk di rumah pengasuh.

Adam Raykal Mohd

Sufi yang berusia lima bulan yang pada mulanya dilaporkan hilang oleh pengasuh. Namun, mayatnya ditemui di rumah pengasuh terbabit disorokkan dalam peti sejuk. Itu belum lagi kecuaian pengasuh misalnya bayi meninggal dunia kerana tersedak susu.

Masya-Allah! Macammacam kes yang tidak terfikir di otak berlaku kerana sikap tidak berperikem­anusiaan. Adik sangat marah apabila bayi atau kanak-kanak tidak berdosa didera atau dibunuh kejam sedangkan mereka belum mampu berfikir secara rasional.

Bagi Adik, tindakan tegas perlu diambil bagi menangani kes itu agar tidak berulang lagi.

Dalam hal ini, ibu bapa, pengasuh dan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing supaya kejadian malang itu tidak berulang.

Ibu bapa perlu menjadi tonggak utama dalam membantu menangani isu ini. Bukan Adik nak menyalahka­n ibu bapa, tapi mereka perlu mencari pengasuh yang terbaik buat anak mereka dan jangan sesekali berfikiran ‘janji ada pengasuh untuk menjaga anak’.

Bagi ibu bapa yang menghantar anak ke rumah pengasuh pastikan memeriksa tubuh anak setiap hari.

Seperkara lagi, sentiasala­h peramah dengan pengasuh dan bukan sekadar hantar dan jemput anak-anak.

Setiap ibu bapa perlu menjalin hubungan baik dengan mereka barulah hubungan itu akan lebih akrab dan mereka juga gembira untuk melayani anak kita dengan baik.

Selain itu, sebelum menyerahka­n tanggungja­wab menjaga dan menguruska­n anak kita ambil sedikit masa untuk siasat latar belakang pengasuh dan pusat asuhan terbabit.

Paling mudah kita boleh tanya masyarakat sekeliling atau ibu bapa lain yang turut menghantar anak mereka ke tempat itu. Antara latar belakang penting yang perlu kita tahu ialah sama ada pernah berlaku apa-apa kes sebelum ini, pengalaman mereka menjaga bayi, bilangan bayi atau kanakkanak yang dijaga serta bilangan pengasuh yang menguruska­n mereka.

Jadi, ayuh samasama kita buka mata dan menjaga anak-anak dengan baik. Ingat nyawa manusia tidak boleh dibeli. Jadi sentiasala­h awasi anak-anak kita.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia