Harian Metro

Melaka longlai taktikal tak menjadi

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Salah taktikal antara punca aksi serba tidak menjadi Melaka United hingga sekadar seri 2-2 ketika berdepan PDRM pada aksi Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam kelmarin.

Penolong jurulatih Melaka, Ridzuan Abu Shah mengaku situasi terbabit menyebabka­n The Cops menekan hebat kubu pasukannya hingga berjaya meledak dua gol pendahulua­n sebelum anak buahnya bangkit menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir perlawanan.

Menurutnya, kesilapan strategi dengan memberi peluang kepada penyerang import Korea Selatan, Lee Chang Hoon beraksi dan merehatkan bintang Singapura, Shahdan Sulaiman menyebabka­n bahagian tengah tidak berfungsi dengan baik.

“Ia berikutan pemain tempatan yang mengambil alih tugas Shahdan di posisi tengah gagal merencana perancanga­n yang efektif sehingga lawan lebih banyak mendominas­i aksi.

“Paling ketara Chang Hoon tidak berada pada prestasi terbaik akibat kecederaan berulang menyebabka­n pergerakan­nya terbatas. Walaupun dia bermain dengan baik ketika membantu skuad Hang Tuah seri 3-3 berdepan PKNS minggu lalu namun kali ini dia tidak menyerlah,” katanya.

Ridzuan yang mengambil alih tugas Ketua Jurulatih, E Elavarasan turut terkejut dengan persembaha­n awal pemainnya sehingga gagal membentuk sentuhan cemerlang dalam misi meraih mata penuh.

Baginya, pemain hanya tampil dengan baik pada 25 minit terakhir, sebaliknya 65 minit awal persembaha­n pemain tidak mempamerka­n aksi seperti diharapkan.

Namun, kebangkita­n yang agak lewat tetap memuaskan beliau apabila pasukan tidak tewas dan berjaya mengikat lawan untuk menghidupk­an peluang memburu slot ke suku akhir.

Ridzuan berkata, PDRM juga beraksi dengan baik sepanjang 90 minit permainan justeru beliau bakal menyusun strategi terbaik menjelang aksi keempat bertemu lawan sama Ahad depan.

Dua gol lewat Melaka dalam perlawanan itu dihadiahka­n menerusi sentuhan Olusegun Ifedayo (m-86) dan Zubovich (m-93) sekali gus meletakkan skuad di tangga ketiga Kumpulan B.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN Melaka United, Mohamad Fariz Shah Mohd Rosli (kiri) menyekat kemaraan pemain PDRM, Muhamad Baqiuddin Shamsudin pada perlawanan di Stadium Hang Jebat, Krubong, kelmarin.
FOTO: PEMAIN Melaka United, Mohamad Fariz Shah Mohd Rosli (kiri) menyekat kemaraan pemain PDRM, Muhamad Baqiuddin Shamsudin pada perlawanan di Stadium Hang Jebat, Krubong, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia