Harian Metro

MISI JEJAK IRIDIUM 192

> Kehilangan Alat Radiografi Industri mengandung­i bahan radioaktif Iridium 192 menjadi misteri dan dikategori­kan sebagai berprofil tinggi apabila dikaitkan dengan kesan buruknya jika disalah guna. Ia mampu menghasilk­an sinar gama yang mempunyai tenaga san

- Tasnim Lokmaan dan Mohd Azam Shah Yaacob cnews@nstp.com.mym.my

Sebuah alat Radiografi Industri (RDD) mengandung­i isotop radioaktif iaitu Iridium 192 dilaporkan hilang dan dikhuatiri disalah guna termasuk oleh kumpulan pengganas untuk menghasilk­an bom.

Pencarian peralatan seberat 23 kilogram dan berupaya aktif selama 73 hari serta memancarka­n radiasi Beta dan Gamma itu kini giat dilaksanak­an polis serta Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia.

Pihak berkuasa bimbang jika peralatan itu jatuh ke tangan pihak tidak sepatutnya seperti pengganas atau orang awam yang mungkin melihatnya sebagai besi terpakai bagi dijual untuk mendapatka­n wang.

Peralatan dianggarka­n bernilai RM75,000 di pasaran dan mengandung­i Iridium 192 itu adalah isotop radioaktif komersial paling kerap dicuri serta berpotensi disalah guna untuk membuat bom.

Difahamkan, RDD itu hilang sejak 10 Ogos lalu selepas dipindahka­n pada jam 2 pagi dari Seremban, Negeri Sembilan ke Shah Alam, Selangor oleh dua kakitangan syarikat yang mengendali­kan perkhidmat­an ujian, calibrasi dan pemeriksaa­n membabitka­n industri gas dan minyak, termasuk kilang jana kuasa, pembuatan, automotif serta pengangkut­an.

Sumber berkata, kehilangan peralatan yang diletakkan di ruang belakang pacuan empat roda itu disedari kakitangan berkenaan selepas tiba di Shah Alam, sejam kemudian.

Difahamkan, pekerja berkenaan memaklumka­n kepada pegawai penyiasat yang mereka menyedari penutup ruang kargo pacuan empat roda dinaiki terbuka dan percaya alat berkenaan terjatuh ketika dalam perjalanan.

Kakitangan terbabit memberitah­u pegawai penyiasat, mereka cuba mencari semula peralatan itu mengikut laluan perjalanan digunakan dari Seremban ke Shah Alam, namun tidak berhasil.

Difahamkan, pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang mengendali­kan kes itu mendapati tiada kesan menunjukka­n ruang membawa barang berkenaan diumpil.

Penyiasat turut mendapati sistem kunci ruang terbabit berada dalam keadaan baik dan hampir mustahil untuk ia terbuka sendiri.

Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam tidak mempercaya­i keterangan mereka dan menahan kedua-duanya dengan meng ambil kira risiko keselamata­n yang timbul berikutan kehilangan kawalan ke atas peralatan berkenaan.

Bagaimanap­un, kedua-dua lelaki berkenaan dibebaskan Jumaat lalu, selepas polis gagal mengesan sebarang kaitan kejadian dengan mereka, termasuk kemungkina­n terbabit dalam kegiatan keganasan atau militan.

Kesimpulan itu dibuat susulan soal siasat pasukan penyiasat dan pemeriksaa­n forensik terhadap telefon bimbit milik kedua-duanya.

Difahamkan, kebimbanga­n utama pihak AELB dalam kehilangan misteri itu kerana ia mengandung­i bahan radioaktif yang boleh menyebabka­n ancaman keselamata­n serius.

Mereka khuatir jika ada mana-mana pihak meleraikan komponen RDD untuk dijadikan besi buruk yang boleh menyebabka­n pendedahan secara meluas terhadap bahan radioaktif yang boleh menyebabka­n kecederaan parah atau kematian.

Sumber AELB berkata, belum ada perkembang­an baru berhubung kehilangan itu sehingga semalam.

“Kami merayu sesiapa yang memiliki bahan itu supaya menghubung­i polis atau AELB segera dan jangan cuba membukanya.

“Kesannya amat buruk jika peralatan berkenaan jatuh ke tangan pihak tidak sepatutnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia