Harian Metro

3 MAUT TERCAMPAK PIKAP

- Farah Suhaidah Othman cnews@nstp.com.my

„ Pemandu parah selepas pacuan empat roda rempuh bahagian kanan lori sebelum terbabas

Tiga lelaki maut selepas tercampak dari kenderaan dinaiki dalam kemalangan membabitka­n sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lori yang membawa muatan akhbar berhampira­n Plaza Tol Simpang Pulai Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.40 pagi, ketiga-tiga mangsa yang maut menaiki Toyota Hilux dikenal pasti sebagai pemandu Nishan Singh Dillon, 30, serta dua penumpang Rajminder Singh, 26, serta Gurdi Singh, 28.

Ketiga-tiga mangsa yang juga sepupu maut di tempat kejadian manakala pemandu lori yang membawa muatan akhbar berusia 40 tahun parah.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superinten­dan Ng Kong Song berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kampar manakala lori berkenaan menghala ke Tapah.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu merempuh bahagian kanan lori menyebabka­nnya merempuh penghadang kiri lebuh raya.

“Akibat rempuhan itu, lori terbabit terbalik manakala Toyota Hilux berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas.

“Berikutan itu, ketiga-tiga mangsa yang menaiki Toyota Hilux berkenaan tercampak keluar dari kenderaan sebelum semua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kong Soon berkata, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala pemandu lori dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

“Pemandu lori masih dirawat di Wad Kecemasan HRPB kerana mengalami pendarahan dan keadaannya parah,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kenderaan itu akan dibawa ke Pusat Pemeriksaa­n Berkompute­r (PUSPAKOM) Gopeng untuk pemeriksaa­n lanjut.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba menyelamat­kan mangsa
yang maut dalam kemalangan jam 4.40
pagi, semalam.
ANGGOTA bomba menyelamat­kan mangsa yang maut dalam kemalangan jam 4.40 pagi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia