Harian Metro

‘FREESTYLER’ MUSLIMAH

„ Qhouirunni­sa’ tidak lokek kongsi teknik timang bola gaya bebas

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Jarang sekali kita melihat seorang gadis mampu menimang bola sepak dengan pelbagai aksi gaya bebas ketika mengenakan baju kurung atau jubah. Namun, itulah kelebihan dimiliki Qhouirunni­sa’ Endang Wahyudi, 18, yang semakin popular apabila tidak lokek berkongsi teknik bola sepak gaya bebas kepada lebih 93,000 pengikut di Instagram (IG) milikya.

Dengan menjadikan bintang bola sepak gaya bebas Perancis, Lisa Zimouche sebagai inspirasi, anak sulung daripada tiga beradik itu tidak putus asa meningkatk­an kemahiran dengan mempelajar­i pelbagai teknik melalui YouTube.

Qhouirunni­sa’ berkata, dia mula jatuh cinta dengan bola sepak gaya bebas sejak 2016 selepas kerap menemani adik lelakinya bermain futsal.

“Saya minat futsal tetapi mama dan ayah tidak galakkan sangat sebab mungkin ada pergaulan bebas, sentuhan dengan lelaki dan sebagainya.

“Jadi daripada situ, saya buat kajian dan terjumpa mengenai bola sepak gaya bebas yang diamalkan Lisa Zimouche.

“Sejak itu, saya mengikuti perkembang­an dia untuk belajar teknik dan asas bola sepak gaya bebas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, selain gaya bebas, dia mampu menimang bola 700 kali dalam tempoh 10 minit.

“Dulu hendak timang bola dua kali pun tidak dapat sebab saya memang tidak main bola dan langsung tidak tahu pasal bola.

“Banyak kali juga saya menangis dan terpecahka­n barangan rumah tetapi semua itu tidak mematahkan semangat.

“Alhamdulil­lah, kini banyak kemajuan dicapai walaupun susah untuk pertahanka­n kemahiran dan stamina, tetapi saya tidak akan putus asa demi tingkatkan lagi prestasi,” katanya yang mengambil masa lima hingga enam bulan untuk mahir dalam teknik bola sepak gaya bebas.

Penuntut jurusan Asasi Sains Islamik Universiti al-Madinah, Shah Alam ini berkata, ramai golongan belia sama ada wanita mahupun lelaki semakin meminati bola sepak gaya bebas.

“Kebanyakan orang fikir futsal, bola sepak dan gaya bebas adalah benda sama tetapi sebenarnya salah kerana mempunyai perbezaan. “Contohnya tidak semua pemain bola sepak boleh buat kerana kemahiran gaya bebas ini dicipta ikut kemampuan stamina dan kreativiti masing-masing,” katanya.

Menurutnya, dia kerap dijemput membuat persembaha­n dan mengadakan ceramah untuk memberi inspirasi kepada golongan muda.

“Memang mulanya saya hanya mahu berkongsi mengenai hobi saya dengan memuat naik video di IG, tetapi bukan untuk tular.

“Saya buat tutorial untuk memudahkan semua orang belajar di IG,” katanya yang berkongsi video tutorial seminggu sekali.

Qhouirunni­sa’ berkata, dia gemar membuat rakaman melakukan aksi gaya bebas dan menimang bola dalam pakaian menutup aurat kerana mahu memberi inspirasi kepada Muslimah bahawa pakaian bukan halangan melakukan aktiviti sukan digemari.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GAYA bebas timang bola ditunjukka­n Qhouirunni­sa’.
GAYA bebas timang bola ditunjukka­n Qhouirunni­sa’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia