Harian Metro

MENUJU KEMUNCAK HAJI

-

„ Jemaah bertolak ke Arafah semalam untuk sempurnaka­n wukuf hari ini

Makkah

“Semoga segala kemudahan itu tidak melalaikan kita,” kata Alias Yahaya, 63, seorang daripada 30,200 jemaah haji Malaysia yang bertolak ke Arafah pada pagi Ahad untuk menyempurn­akan ibadat wukuf pada Isnin.

Peniaga dari Kuala Terengganu, itu berkata, dia sedar banyak penambahba­ikan dilakukan kerajaan Arab Saudi dan Tabung Haji (TH) di tiga lokasi ibadat Masyair iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Menurutnya, paling ketara ialah kemudahan pendingin hawa dalam khemah di Arafah, selain lantai jubin seramik untuk khemah di Mina, kedua-duanya khusus untuk jemaah haji dari Malaysia saja.

“Syukur alhamdulil­lah di atas semua kemudahan itu, tapi saya lebih suka mengambil sikap berhati-hati supaya jangan sampai kesenangan melalaikan kita daripada beribadat.

“Ada masanya kesenangan akan menyebabka­n kita semakin jauh daripada sunah Rasulullah SAW dalam mengerjaka­n haji. Seboleh-bolehnya saya tak nak ini berlaku pada diri saya,” katanya.

Alias yang menghuni Maktab 74 Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini, adalah antara kelompok paling awal bertolak menuju ke Arafah, pada kira-kira jam 8 pagi semalam.

Wukuf adalah rukun terpenting dalam perjalanan ibadat haji di mana setiap jemaah wajib berada di Arafah sekurang-kurangnya seketika pada waktu ditetapkan iaitu dari waktu Zuhur 9 Zulhijjah (20 Ogos) sehingga Subuh keesokan hari.

Selesai ibadat di Arafah, jemaah dibawa ke Muzdalifah dengan bas pertama bergerak selepas waktu Maghrib pada 20 Ogos dan jemaah perlu berada di situ sehingga separuh malam iaitu jam 11.55 malam.

Dari Muzdalifah, jemaah dibawa pula ke khemah di Mina secara berperingk­at-peringkat dan proses keseluruha­n dijangka berakhir sebelum jam 7 atau 8 pagi pada 21 Ogos atau 10 Zulhijjah.

Seterusnya, jemaah perlu berada di Mina dari 11 hingga 13 Zulhijjah (22 hingga 24 Ogos) bagi menyempurn­akan ibadat melontar di Jamrah Kubra, Sughra dan Wusta.

Waktu melontar yang diperuntuk­kan kerajaan Arab Saudi untuk jemaah Malaysia ialah dari selepas Asar sehingga Isyak.

Seorang lagi jemaah, Kelsum Jusoh, dari Besut Terengganu pula berkata, dia sudah bersedia untuk berdepan segala kemungkina­n sepanjang berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

“Kita datang nak buat haji, jadi kita tahu ia bukan kerja mudah. Sama ada susah atau senang, saya reda saja. Mudah-mudahan Allah terima amal ibadat saya ini,” katanya yang juga menginap di Maktab 74.

 ??  ??
 ?? Alias ?? Ada masanya kesenangan akan menyebabka­n kita semakin jauh daripada sunah
Alias Ada masanya kesenangan akan menyebabka­n kita semakin jauh daripada sunah
 ??  ?? JEMAAH haji di Arafah dengan permulaan fasa Masyair haji.
JEMAAH haji di Arafah dengan permulaan fasa Masyair haji.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia