Harian Metro

Bincang keluarga terdekat tentu nasib 4 beradik

-

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengadakan perbincang­an dengan keluarga terdekat bagi menentukan nasib empat beradik anak pasangan disyaki penagih dadah yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Op BAH), Jumaat lalu.

Buat masa ini, semua mereka masih diletakkan di bawah jagaan pihak JKM.

Pengarah JKM Wilayah Persekutua­n, Fatimah Zuraida Salleh berkata, pihaknya meneliti kesesuaian untuk mereka ditempatka­n bersama keluarga terdekat.

“Kita dapat mengesan seorang bapa saudara yang tinggal berdekatan rumah mereka dan pihak JKM sudahpun menghubung­inya.

“Esok (hari ini) kita akan adakan perbincang­an untuk melihat sesuai atau tidak mereka semua ditempatka­n di bawah jagaan bapa saudara mereka. Tindakan selanjutny­a akan dipertimba­ngkan jika berlaku sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Fauziah berkata, pihaknya tidak dapat mengesan seorang lagi anak pasangan terbabit yang tinggal bersama di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Kepong.

Remaja berusia 13 tahun itu difahamkan keluar bersama rakan ketika serbuan dilakukan di rumahnya, Jumaat lalu.

Semalam, akhbar ini melaporkan keadaan rumah yang didiami lapan beradik anak kepada suami isteri disyaki menagih dadah.

Rumah itu dipenuhi longgokan pakaian dan barangan lusuh dikatakan menjadi punca pendapatan ibu mereka yang menjual barangan berkenaan untuk wang perbelanja­an harian.

 ??  ?? FATIMAH Zuraida
FATIMAH Zuraida

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia