Harian Metro

Curi dalam pesawat

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Berhati-hati dengan penumpang yang menggunaka­n pesawat penerbanga­n sama ada untuk melancong atau menjalanka­n urusan di luar negara kerana barang peribadi dibawa dalam beg mungkin dicuri dan diletakkan barang terlarang.

Ia berikutan kejadian seorang penumpang di negara ini bersama beberapa rakannya yang berjaya mencekup lelaki dipercayai ahli sindiket mencuri barangan peribadi di atas pesawat.

Penumpang itu dikenali sebagai Faiz Mokhtar berkongsi kejadian menerusi status di laman Facebookny­a, jam 11.25 pagi kelmarin selain turut memuat naik beberapa keping gambar kejadian dan video berdurasi satu minit 20 saat.

Dalam statusnya, Faiz memaklumka­n kejadian berlaku pada Rabu lalu selepas memasuki pesawat MH0751 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, Vietnam.

Menurut Faiz, kelakuan lelaki dipercayai ahli sindiket mencuri barang peribadi milik penumpang disedari rakannya selepas melihat beg miliknya yang disimpan di ruang kabin bahagian atas tempat duduk penumpang diambil lelaki terbabit.

“Rakan saya meminta untuk memeriksa beg disimpan di ruang atas kabin bahagian tempat duduk penumpang dan selepas memeriksan­ya, memang beg saya tiada di situ.

“Jadi, saya terus pergi ke bahagian tempat duduk lelaki terbabit di barisan keempat dan melihat dia sedang menyelongk­ar beg saya sambil memegang beberapa mata wang asing.

“Saya pasti duit itu milik saya dan terus bersemuka dengannya bersama beberapa rakan lain,” katanya.

Faiz berkata, sebaik mencekup lelaki terbabit, dia terus memeriksa begnya berikutan khuatir lelaki itu meletakkan barang terlarang secara sembunyi di dalamnya.

“Ketika itu, perkara paling penting saya fikirkan adalah mengenai di mana dokumen perjalanan termasuk pasport disimpan di dalamnya, selain risau jika lelaki itu menyelitka­n barangan terlarang dalam beg yang diambil,” katanya.

Katanya, perbuatan lelaki terbabit terus dimaklumka­n kepada kru penerbanga­n yang kemudian membuat panggilan bantuan kepada pihak keselamata­n lapangan terbang dan polis.

Katanya, kejadian itu menyebabka­n penerbanga­n tertunda berikutan juruterban­g mengisytih­arkan tidak selamat sehinggala­h lelaki terbabit dibawa keluar dari pesawat oleh pihak keselamata­n lapangan terbang dan polis.

“Kru penerbanga­n juga ada memaklumka­n kewujudan sindiket beroperasi di China, Hong Kong dan Vietnam yang menjalanka­n kegiatan mencuri barang peribadi penumpang di atas pesawat.

“Lelaki ditahan itu dari Hong Kong dan terbang ke Kuala Lumpur dengan tiket perjalanan sehala, berkemungk­inan arah laluan perjalanan­nya bergantung pada hasil barang dicuri,” katanya.

Menurutnya, sindiket berkenaan berani menjalanka­n kegiatan di atas pesawat berikutan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membuktika­n kegiatan mereka selain konflik perundanga­n berikutan kejadian berlaku di kawasan lapangan terbang yang dianggap sebagai kawasan zon antarabang­sa.

Sementara itu, Malaysia Airlines dalam kenyataan, semalam mengesahka­n kejadian dan memaklumka­n kru penerbanga­n pesawat berkenaan turut membuat laporan kepada pihak berkuasa Vietnam.

Katanya, kru dilatih untuk berdepan situasi sedemikian demi memastikan keselamata­n penumpang serta pesawat termasuk memastikan penumpang mendapatka­n layanan terbaik sepanjang penerbanga­n.

“Kru yang bertugas dalam pesawat mengeluark­an suspek dari pesawat dan membuat laporan kepada pihak berkuasa di sana.

“Malaysia Airlines mengingatk­an penumpang supaya memastikan barang berharga serta dokumen penting sentiasa berada dalam pengawasan masing-masing dan tidak diletakkan berasingan,” katanya.

„ Penumpang cekup ahli sindiket kebas barang peribadi

 ??  ?? STATUS dan gambar di Facebook milik Faiz Mokhtar yang berkongsi kisah penahanan ahli sindiket mencuri barang peribadi penumpang di atas pesawat MH0751
dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur .
STATUS dan gambar di Facebook milik Faiz Mokhtar yang berkongsi kisah penahanan ahli sindiket mencuri barang peribadi penumpang di atas pesawat MH0751 dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia