Harian Metro

Kempen kesedaran LBGT tiada niat permusuhan

-

Kempen kesedaran membantera­s amalan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LBGT) tidak seharusnya dilihat sebagai usaha bermusuh dengan mana-mana pihak.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata, ini kerana kempen kesedaran yang giat dilakukan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) masa kini hanya memberitah­u bahawa kegiatan LGBT itu dilarang Allah.

“Kita bukan hendak bermusuh dengan sesiapa, tetapi hanya hendak beritahu ia dilarang Allah dan sesiapa yang terbabit dengan kegiatan itu hendaklah menghentik­annya.

“Kita meminta mereka menghentik­an segala tuntutan kerana kegiatan berkenaan adalah salah di sisi agama dan dikutuk Allah sejak zaman Nabi Luth sehingga bala diturunkan di kawasan masyarakat yang mengamalka­nnya,” katanya selepas merasmikan kempen kesedaran bahaya LGBT yang dianjurkan Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturahi­m Pahang (UKHWAH) di Dataran Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di sini, semalam.

Turut hadir Kadi Daerah Kuantan, Abdul Zaki Md Zain dan Presiden UKHWAH, Zulkefkly Senek.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, Jabatan Mufti Pahang menyambut baik usaha dibuat

UKHWAH untuk menjalanka­n kempen kesedaran berkaitan bahaya LGBT yang dilihat tidak sihat kepada perkembang­an negara.

“Saya lihat ramai memberi sokongan dalam pertemuan ini termasuk daripada kalangan bukan Islam.

“Ia satu petanda positif dalam usaha membantera­s LGBT.

“Kita dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersedia bekerjasam­a dengan mana-mana pihak dari seluruh negara untuk menjalanka­n kempen seumpamany­a.

“Kita merancang untuk menyediaka­n satu tempat khusus bagi memberi penerangan berkaitan LGBT yang boleh dihadiri sesiapa saja bagi merungkaik­an pelbagai persoalan atau kekeliruan,” katanya.

 ??  ?? DR Abdul Rahman (tiga dari kanan) bersama Zulkefkly (dua dari kanan) mengedarka­n risalah mengenai kesan dan bahaya budaya LGBT di Pasar Tani UTC Kuantan.
DR Abdul Rahman (tiga dari kanan) bersama Zulkefkly (dua dari kanan) mengedarka­n risalah mengenai kesan dan bahaya budaya LGBT di Pasar Tani UTC Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia