Harian Metro

Rompakan bersenjata warga Thai tumpas

-

Langkawi: Cubaan 12 lelaki warga Thailand bersenjata api menyamun 11 nelayan tempatan di perairan laut Teluk Pelam, Pulau Langgun, dekat sini, gagal apabila empat daripada mereka berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik bot memberitah­u bot pukatnya terbabit dalam kejadian samun.

Menurutnya, sebaik menerima laporan itu, PPM dikerahkan ke lokasi kejadian dan mendapati dua bot nelayan tempatan ditahan 12 lelaki Thailand yang menaiki dua sampan ekor panjang.

“Dua bot ronda iaitu PSC 49 dan RH9 digerakkan ke lokasi dua minit kemudian diketuai Inspektor Adni Shaari menemui dua sampan ekor panjang sedang membawa tawanan bot dan nelayan tempatan ke perairan negara jiran pada jam 10.30 pagi.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek memecut namun berjaya dipintas oleh bot PSC 49 selepas mengejar hampir 20 minit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Zainal Abidin berkata, PPM menyelamat­kan tujuh nelayan dan menahan empat suspek yang turut berada di dalam bot itu serta merampas tiga pucuk pistol. dan sudah dipindahka­n ke wad biasa.

“Kita akan mendapatka­n maklumat lanjut mengenai kejadian itu selepas mangsa sedar,” katanya.

Katanya, pihaknya akan menjalanka­n pemantauan dan rondaan di lokasi kejadian bagi mengesan kedudukan buaya yang menyerang mangsa itu.

“Kita akan menguruska­n kebajikan mangsa dan melancarka­n tabung bantuan serangan binatang buas memandangk­an mangsa tidak mempunyai waris di Pahang.

“Saya sudah menghubung­i adik mangsa yang berada di Pulau Pinang untuk memaklumka­n mengenai kejadian itu,” katanya.

 ??  ?? EMPAT lelaki yang ditahan Pasukan Polis Marin Langkawi ketika melakukan rompakan bersenjata di perairan laut Teluk Pelam, Pulau Langgun Langkawi.
EMPAT lelaki yang ditahan Pasukan Polis Marin Langkawi ketika melakukan rompakan bersenjata di perairan laut Teluk Pelam, Pulau Langgun Langkawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia