Harian Metro

Masuk longkang lari nampak polis

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor cnews@nstp.com.my

„ Penunggang cedera antara 76 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan

Dua remaja cedera pergelanga­n tangan dan kaki apabila motosikal ditunggang terbabas ke dalam longkang ketika melarikan diri dalam Op Samseng Jalanan di Plaza Tol Senawang, di sini, awal pagi semalam.

Remaja berusia belasan tahun itu antara 76 individu yang ditahan dalam operasi besar-besaran dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Dalam operasi bermula jam 1 pagi itu, seramai 59 anggota polis dengan bantuan 10 anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan 10 anggota penguat kuasa PLUS menutup beberapa jalan utama di Senawang.

Polis yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan motosikal mengepung kumpulan samseng jalanan itu bermula dari Plaza Tol Seremban hingga ke Plaza Tol Senawang sejauh 10 kilometer.

Keadaan menjadi kelam-kabut apabila kumpulan penunggang motosikal memecut laju di lebuh raya hingga ke Plaza Tol Senawang namun sebaik melepasi palang, mereka gagal melarikan diri berikutan Jalan Persiaran Senawang dan beberapa persimpang­an sudah dikepung.

Ada juga penunggang berpatah balik dan melawan arus untuk memasuki laluan susur keluar ke tol berkenaan. Mereka bagaimanap­un tidak bernasib baik apabila jalan keluar juga sudah ditutup.

Dalam usaha meloloskan diri, dua penunggang motosikal terbabas ke dalam longkang di kawasan berhampira­n bukit.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Sharul Othman Mansor berkata, operasi itu bertujuan membasmi habis-habisan aktiviti samseng jalanan dalam kalangan anak muda yang membahayak­an pengguna jalan raya lain.

Katanya, operasi diadakan hasil risikan yang mendapati samseng jalanan bermaharaj­alela di daerah ini, juga dipercayai wujud penganjura­n lumba haram.

“Dalam operasi ini, kita melakukan pemeriksaa­n terhadap 76 individu dan merampas 71 motosikal. Semua kenderaan dan penunggang dibawa ke Balai Polis Senawang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, 29 individu membabitka­n remaja dan 12 daripadany­a adalah pelajar.

“Sebanyak 81 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen, tiada cukai jalan, insurans tamat tempoh dan mengubah suai kenderaan. Seramai 10 individu positif dadah dan diserahkan kepada pihak AADK,” katanya.

 ??  ?? DUA penunggang motosikal yang ditahan anggota polis selepas cuba melarikan diri dan terbabas ke dalam longkang di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan.
DUA penunggang motosikal yang ditahan anggota polis selepas cuba melarikan diri dan terbabas ke dalam longkang di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia