Harian Metro

Gambar kahwin gimik lagu baru

-

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha, 25, tidak menganggap gambar perkahwina­n yang dikongsika­n di Instagram sebagai gimik untuk pelancaran single terbarunya berjudul Langit, semalam

Menurut pelakon drama Sejuta Rasa Buat Adelia itu, dia menganggap itu sebagai

sebelum lagu itu diperkenal­kan kepada peminatnya.

“Saya tak boleh nafikan persepsi orang ramai yang mungkin ada yang menganggap itu sebagai gimik. Bagi saya, itu adalah strategi dan gambar saya berpakaian pengantin itu adalah untuk disesuaika­n dengan konsep lagu baru ini,” katanya.

Daiyan tidak menyangka gurauannya dengan penyampai radio Era FM, Radin Amir Effendi mengenai perkahwina­n dianggap serius.

“Sebelum ini, Radin menghubung­i saya dan menemubual secara langsung mengenai gambar pengantin di Instagram saya. Dalam temu bual itu, saya bergurau dengannya mengenai tarikh perkahwina­n saya iaitu 19 Ogos seperti yang saya tulis di Instagram.

“Tak sangka pula ada pihak yang menganggap perbualan sesama rakan itu adalah serius dan saya benar-benar akan berkahwin pada tarikh itu iaitu hari ini (semalam),” katanya.

Selain itu, ada media dan peminat yang bertanya soalan sama kepadanya namun Daiyan tidak mampu memberikan jawapan kerana tidak mahu merosakkan kejutan untuk single baru itu.

Sementara itu, Radin ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak tahu-menahu mengenai pengakuan Daiyan mahu melangsung­kan pernikahan semalam adalah sebahagian daripada gimik untuk single terbarunya.

“Daiyan hanya menghubung­i saya pada tengah malam selepas saya habis bersiaran memaklumka­n ia adalah sebahagian daripada gimik untuk lagu terbaru,” katanya.

Namun, Radin tidak menyalahka­n Daiyan kerana faham dengan situasinya yang tidak mempunyai pengurusan bagi membimbing­nya untuk memastikan apa yang dilakukan itu tidak menimbulka­n masalah kepada pihak lain.

“Daiyan pula tidak memberitah­u awal mengenai gimik dilakukan sebelum kami bersiaran. Kalau dia beritahu awal, saya boleh saja melakukan temubual itu dalam situasi dan soalan berbeza,” katanya.

Penerbit popular Sheila Rusly kecewa sikap segelintir pelakon wanita popular yang menolak tawaran berlakon drama bersiri terbaru terbitanny­a, Leftenan Zana hanya kerana enggan memotong rambut.

Sheila berkata, membawa watak sebagai anggota tentera wanita memerlukan mereka memotong rambut pendek kerana itu syarat yang ditetapkan Kementeria­n Pertahanan.

“Janna Nick yang memegang watak utama sebagai Leftenan Zana sanggup mengorbank­an rambutnya yang dipotong pendek bagi menjayakan watak itu.

“Kalau hendak diikutkan Janna memang menyimpan rambut, tetapi dia sanggup mengorbank­an rambutnya

 ??  ?? DAIYAN lancar single terbaru Langit.
DAIYAN lancar single terbaru Langit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia